Utusan Borneo (Sarawak)

SugarBun perkenal menu baharu ‘Kombo Swinger’

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Restoran makanan segera, SugarBun memperkena­lkan satu lagi menu hidangan baharu iaitu ‘ Kombo Swinger’ untuk pelanggan setianya serta penggemar makanan segera.

Kombo baharu ini didatangka­n dengan Burger Swinger SugarBun yang diperbuat daripada 100 peratus isi dada ayam dengan perasa khas yang mana lebih pedas dan dimasak rangup.

Burger ini bertambah enak apabila turut dihidangka­n bersama dengan sos keju dan mayonis ditambah dengan sekeping keju di atasnya.

Pengurus Pemasaran SugarBun, Jason Ho pada pelancaran Kombo Swinger di restoran yang terletak di iCom Square di sini berkata, kombo ini adalah terhad untuk tempoh sebulan sahaja.

Kombo ini katanya, boleh didapati di semua rangkaian restoran SugarBun di Malaysia Timur selain Lapangan Terbang bermula hari ini iaitu 15 Ogos hingga 15 September 2017.

“Selain burger, kombo ini turut didatangka­n bersama dengan kentang goreng ‘Swinger Fries’ yang baharu dengan bahan kentang diimport dari Amerika.

“Lebih rangup, kentang goreng cita rasa Amerika ini menjadi kegilaan penggemarn­ya.

“Kombo ini dilengkapi dengan satu minuman iaitu EST Cola dengan harga RM13.99 satu kombo,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai tanggungja­wab sosial korpo- rat (CSR), SugarBun menurut Jason akan menyumbang­kan lebih 300 pek Kombo Swinger ini untuk satu program anjuran Yayasan Pillar Malaysia pada September akan datang.

Yayasan Pillar Malaysia yang merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan pada September depan akan mengadakan ceramah motivasi percuma untuk pelajar-pelajar miskin yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) tahun ini.

 ??  ?? CUBALAH: Kombo Swinger didatangka­n dengan satu Burger Swinger SugarBun, kentang goreng dan minuman EST Cola pada harga RM13.99 satu kombo.
CUBALAH: Kombo Swinger didatangka­n dengan satu Burger Swinger SugarBun, kentang goreng dan minuman EST Cola pada harga RM13.99 satu kombo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia