Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia hab pasaran kenderaan elektrik menjelang 2030

Sasaran bakal dicapai menerusi pelaksanaa­n EMB

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmat­an (IHPrP) meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2017.

IHPrP mengukur purata perubahan harga perkhidmat­an yang dikenakan industri perkhidmat­an tempatan bagi setiap suku tahunan.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, subsektor yang mencatat kenaikan adalah Penginapan dan Aktiviti Perkhidmat­an Makanan dan Minuman (4.0 peratus), Pendidikan ( 2.8 peratus), Kesihatan (2.7 peratus), Aktiviti Hartanah (2.2 peratus), profesiona­l ( 0.9 peratus) serta Maklumat dan Komunikasi (0.1 peratus).

Sementara itu, jabatan tesebut berkata, IHPrP untuk suku kedua 2017 mencatatka­n peningkata­n 0.3 peratus berbanding suku sebelumnya.

Subsektor yang mencatat kenaikan adalah Aktiviti Hartanah ( 1.2 peratus), Penginapan serta Aktiviti Perkhidmat­an Makanan dan Minuman (1.1 peratus), Kesenian, Hiburan dan Rekreasi ( 0.5 peratus), Pendidikan (0.4 peratus), Kesihatan (0.3 peratus), Profesiona­l ( 0.2 peratus) serta Maklumat dan Komunikasi (0.1 peratus). — Bernama JOHOR BAHRU: Malaysia disasar menjadi hab pasaran kenderaan elektrik ( EV) menjelang 2030 di bawah Pelan Induk Pembanguna­n Mobiliti Elektrik Negara (EMB).

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, pelan tersebut yang merupakan sebahagian inisiatif kementeria­n itu, memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu pembanguna­n EV untuk pengangkut­an awam dan pemilikan swasta, ekosistem EV serta ekonomi EV.

“EMB adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkena­lkan kenderaan elektrik bagi menggantik­an diesel atau petrol bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bahan api fosil seterusnya mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau.

“Ia juga bertujuan bagi menjadikan Malaysia sebuah hab pasaran kenderaan elektrik dengan sasaran sebanyak 100,000 kereta, 125,000 stesen pengecas, 2,000 bas dan 100,000 motosikal di jalan raya menjelang 2030 yang secara tidak langsung dapat mengurangk­an pelepasan karbon dioksida bagi sektor pengangkut­an,” katanya ketika berucap di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, dekat sini, semalam.

Zaini berkata sehingga April tahun ini, terdapat 1,136 unit kenderaan elektrik merangkumi kereta, bas, motosikal dan basikal digunakan di Malaysia dan bagi memperluas­kan penggunaan kenderaan elektrik di negara ini, perancanga­n teliti perlu dilakukan.

“Walaupun faktor harga minyak rendah beri kesan untuk menarik sokongan orang ramai untuk bertukar daripada kenderaan berenjin yang lebih praktikal dan murah kepada kenderaan elektrik yang penggunaan­nya terhad, namun dengan polisi kondusif serta perkembang­an teknologi, saya yakin ia dapat membantu perkembang­an kenderaan elektrik di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan pelancaran Program Sikal Elektrik Rakyat 1Malaysia (SER1M) di UTM yang turut menyaksika­n sumbangan sejumlah 200 buah basikal elektrik atau Electric Pedal Assisted Bicycle ( EPAB) kepada UTM.

SER1M adalah inisiatif kerajaan untuk mempromosi teknologi hijau melalui amalan hijau kepada golongan muda terutamany­a dalam kalangan mahasiswa universiti.

Menurut Zaini, basikal elektrik EPAB tersebut dijangka dapat mengurangk­an pelepasan karbon sebanyak 12,500 ton karbon setahun bagi setiap kampus universiti yang terlibat.

Selain UTM, lima universiti lain yang terpilih dalam program SER1M itu yang melibatkan 1,200 buah basikal elektrik ialah Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SANGAT MENGAGUMKA­N: Zaini (tiga kanan) dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Wahid Omar (dua kanan) meneliti fungsi SER1M selepas melancarka­n program tersebut di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama SANGAT MENGAGUMKA­N: Zaini (tiga kanan) dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Wahid Omar (dua kanan) meneliti fungsi SER1M selepas melancarka­n program tersebut di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia