Utusan Borneo (Sarawak)

RHB Research kekalkan saranan beli ke atas Serba Dinamik

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute Sdn Bhd mengekalka­n penarafan beli ke atas Serba Dinamik Holdings Bhd susulan keputusan kewangan separuh pertamanya mengatasi unjuran, dengan pendapatan sebanyak RM161 juta walaupun unjuran suku kedua merupakan tempoh yang lebih perlahan.

Keuntungan sebelum cukai Serba Dinamik bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2017 (2Q17) meningkat kepada RM88.31 juta manakala hasil bagi suku itu meningkat kepada RM649.70 juta tahun ke tahun.

Sumbangan utama syarikat itu ialah bahagian operasi dan penyelengg­araan ( O& M), yang menyumbang 82.8 peratus kepada jumlah hasil, diikuti bahagian kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) (16.97 peratus).

Firma penyelidik­an itu berkata nilai perolehan semasa Serba Dinamik merentas dua segmen sebanyak RM4.7 bilion dengan O&M dianggarka­n RM4 bilion dan selebihnya daripada EPCC.

Dianggarka­n 90 peratus nilai perolehan O&M melibatkan kerja-kerja penyelengg­araan, baik pulih dan pembaikan (MRO) peralatan berputar manakala bakinya melibatkan aktiviti pemeriksaa­n, baik pulih dan penyelengg­araan, katanya.

RHB Research berkata walaupun berhadapan kontrovers­i membabitka­n Qatar dan jirannya, operasi penyelengg­araan Serba Dinamik masih berterusan, dengan Timur Tengah masih menjadi penyumbang besar kepada hasilnya.

“Kami yakin, prestasi kukuh 2Q17 akan menangani kebimbanga­n ke atas pendedahan Serba Dinamik di Timur Tengah. Kami bagaimanap­un menjangkak­an hasil dari Timur Tengah akan merosot pada 3Q17 memandangk­an ia selari dengan bulan-bulan panas, sebelum kembali meningkat pada 4Q17.

“Kami tetap positif ke atas syarikat ini kerana kami yakin perniagaan O&M akan terus menyokong pendapatan­nya selain segmen EPCC,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia