Utusan Borneo (Sarawak)

UEM Edgenta jual 61.2% kepentinga­n dalam OIC dengan bayaran RM504.1j

-

KUALA LUMPUR: UEM Edgenta Bhd bercadang menjual 61.2 peratus kepentinga­nnya atau 90.51 juta saham, dalam unitnya yang berpangkal­an di New Zealand, Opus Internatio­nal Consultant­s Ltd (OIC), melibatkan bayaran NZ$ 161.1 juta ( RM504.1 juta).

Dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia semalam, UEM Edgenta berkata pertimbang­an pelupusan itu akan dibuat pada harga tawaran NZ$1.78 bagi sesaham OIC.

UEM Edgenta berkata ia sudah meneima notis pengambila­lihan untuk pembelian daripada WSP Global Inc, sebuah syarikat Kanada yang disenarai di Toronto Stock Exchange yang menyediaka­n perkhidmat­an pengurusan dan perundinga­n dalam pembanguna­n dan persekitar­an semula jadi.

“Pelupusan itu akan dibuat menerusi anak syarikat milik penuh UEM Edgenta, Opus Internatio­nal Ltd ( ONZ), anak syarikat milik penuh Opus Group Bhd (OGB) yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh syarikat berkenaan,” katanya.

OIC disenarai di New Zea- land Stock Exchange sejak 2007. Pemodalan pasaran nya kini berjumlah NZ$146.4 juta (RM458.0 juta).

UEM Edgenta bagaimanap­un berkata ia akan mengekalka­n OGB, sebuah entiti yang memberi tumpuan ke atas pengurusan projek dan perundinga­n reka bentuk yang beroperasi di Malaysia dan Indonesia, dan menarik sumber daripada 0IC, terutama dalam perniagaan pengurusan aset dan perundinga­n dalam sektor lebuh raya.

Ia berkata cadangan pelupusan OIC merupakan peluang untuk syarikat untuk menjana kewangan daripada pendahulua­n pelaburann­ya pada premium yang sihat berbanding harga pasaran semasa selain membolehka­n syarikat itu mengurangk­an nisbah hutang kasarnya daripada 0.8x (pasca penguranga­n sukuk sebanyak RM300 juta pada April 2017) kepada 0.4 kali.

Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Datuk Azmir Merican, berkata keuntungan daripada cadangan itu antara lain akan digunakan untuk mengurangk­an hutang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia