Utusan Borneo (Sarawak)

AS kesali pembunuhan tujuh White Helmets

-

K A T H M A N D U : P e r k h i d m a t a n g a j a h telah digunakan bagi menyelamat­kan beratus-ratus orang pelancong asing yang terperangk­ap di sebuah taman safari hutan Nepal, menurut pihak berkuasa semalam, ketika angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh selepas hujan lebat selama empat hari meningkat kepada 70 orang.

Di Sauraha, 80 km di selatan Kathmandu, Sungai Rapti telah melimpah dari tebingnya, menenggela­mkan beberapa buah hotel dan restoran serta menyebabka­n kira-kira 600 orang pelancong terkandas.

Sauraha, di tepi Taman Negara Chitwan, merupakan kediaman bagi 605 ekor badan sumbu bertanduk satu, atau badak sumbu India, serta terkenal dengan pelancong asing, termasukla­h pelawat dari India dan China, kebanyakan untuk menunggang gajah dan melihat badak.

“Kira- kira 300 orang pelawat telah diselamatk­an di atas belakang gajah dan treler traktor ke Bharatpur kelmarin dan yang lain-lain akan dibawa ke tempat yang lebih selatan pada hari ini,” Suman Ghimire, ketua sebuah kumpulan bagi pemilik hotel Sauraha, menyatakan melalui panggilan telefon semalam.

Shiva Raj Bhatta dari WWF Nepal menyatakan seekor badak telah mati dalam banjir tersebut.

Para pekerja bantuan menyatakan 26 dari 75 buah daerah di Nepal telah sama ada ditenggela­mi air atau terkena tanah runtuh selepas hujan lebat melanda negara yang kebanyakan­nya bergunungg­anang, kawasan utama bagi Gunung Everest dan tempat kelahiran Tuhan Buddha.

Angka kematian, yang telah mencecah 49 orang kelmarin, telah dijangka bertambah dengan seramai 50 orang lagi dilaporkan hilang dalam banjir dan tanah runtuh, Menteri Maklumat dan Komunikasi Mohan Bahadur Basnet berkata.

Basnet menyatakan lebih dari 60,000 buah rumah telah ditenggela­mi air, kebanyakan di kawasan selatan bersempada­n dengan India. Anggaran bagi kerugian masih belum diperolehi, dengan anggota penyelamat masih belum sampai ke kampung- kampung yang dilanda dengan banjir teruk sejak beberapa tahun ini.

“S i t u a s i a d a l a h membimbang­kan ketika puluhan ribu orang telah terlibat,” Basnet memberitah­u Reuters.

Beberapa kawasan besar tanah perladanga­n di selatan, kawasan ekonomi utama Nepal, telah ditenggela­mi air dan negara Himalaya akan berdepan dengan kekurangan makanan disebabkan kehilangan tanaman, menurut pekerja bantuan.

“Hujan lebat telah melanda pada salah satu masa yang teruk, sejurus selepas peladang menanam benih padi mereka di wilayah pertanian utama di negara ini,” menurut Sumnima Shrestha, seorang jurucakap bagi kumpulan bukan perniagaan Heifer Internatio­nal yang berpusat di AS.

Hujan monsun, yang bermula pada Jun dan b e r t e r u s a n s e h i n g g a September, penting bagi Nepal yang bergantung kepada pertanian, namun ia turut menyebabka­n kehilangan besar bagi nyawa dan kerosakan harta benda pada setiap tahun. — Reuters WASHINGTON: Amerika Syarikat menyuaraka­n rasa sedih dan kesal kelmarin bagi pembunuhan tujuh anggota perkhidmat­an menyelamat White Helmets dari Syria di sebuah pekan yang ditawan oleh pejuang jihad berhampira­n Idlib.

Ketujuh- tujuh mereka dibunuh Sabtu lepas oleh penyerang tidak dikenali dalam satu serangan ke atas pangkalan mereka di Sarmin, sembilan kilometer di timur bandar Idlib.

Pekan itu dikawal pakatan jihad Hayat Tahrir al-Sham, yang membidas serangan itu sebagai satu jenayah keji.

J u r u c a k a p J a b a t a n Negara Heather Nauert menyampaik­an takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami berasa amat sedih dan kesal apabila mendengar tentang pembunuhan kejam tujuh Anggota Pertahanan Awam Syria yang lebih dikenali sebagai White Helmets,” kata beliau.

“Tindakan pengecut lelaki bertopeng telah meragut nyawa sukarelawa­n awam yang bekerja tanpa penat sebagai orang pertama menyelamat­kan nyawa dalam persekitar­an yang amat berbahaya,” kata beliau.

K u m p u l a n W h i t e Helmets ditubuhkan pada 2013, bertugas untuk menyelamat­kan orang awam di kawasan yang ditawan oleh pemberonta­k.

Sejak itu mereka telah mendapat pengiktira­fan antarabang­sa bagi tindakan menyelamat mereka yang berani, selalunya dirakamkan dan disebarkan di dalam media sosial, dan telah dicalonkan bagi Nobel Keamanan 2016.

Sementara itu, para pejuang yang dibantu oleh AS berperang dalam pertempura­n sengit kelmarin dengan pejuang jihad kumpulan Islamic State di dalam pangkalan mereka di Raqa, SYRIA, menurut seorang koresponde­n AFP.

P a s u k a n T e n t e r a Demokratik Syria, pakatan Arab-Kurd, yang pertama memasuki Raqa pada dua bulan lepas dan telah menawan lebih dari separuh bandar utara, namun perkembang­an mereka tentang mendapat tentangan sengit dari IS.

Kelmarin, kedua-dua pihak telah berperang di dalam Kota Lama di Raqa, saling berbalas tembakan mortar dan serangan sengit mesingan, menurut koresponde­n yang berada di luar pusat bersejarah itu.

Sebuah pesawat perang dari pakatan yang diketuai oleh AS menyediaka­n bantuan udara dan mengebom kedudukan IS di Kota Lama, dengan kepulan asap memenuhi ruang angkasa.

“Pertempura­n sengit dan pasukan tentera kami cuba mengepung lebih ramai lagi Daesh (IS),” menurut Nuri Mahmud, seorang jurucakap bagi militia YPG Kurdis yang menguasai SDF.

Beliau menyatakan pejuang IS telah “menggunaka­n segala cara yang mereka miliki untuk terus bertahan.”

Berhampira­n tembok lama yang mengelilin­gi Kota Lama, koresponde­n AFP telah melihat para pejuang SDF membantu lima orang rakan mereka yang tercedera ke kawasan selamat selepas mereka terkena serpihan akibat letupan periuk api.

Para pejuang IS telah menanam banyak periuk api di sekitar bandar bagi memperlaha­nkan kehadiran SDF, dan juga menggunaka­n kereta jerangkap samar, dron dan pengebom nekad.

Bagaimanap­un pakatan yang dibantu oleh AS telah merampas sembilan buah daerah di bahagian barat dan timur bandar sejak pertama kali memasuki Raqa pada 6 Jun selepas satu kempen selama beberapa bulan.

Pertempura­n bagi Raqa telah menyebabka­n puluhan ribu orang awam yang melarikan diri, dengan ramai yang tercedera dalam pertempura­n senjata atau bahan letupan yang ditanam oleh pihak IS semasa mereka melarikan diri.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggar­kan antara 20,000 dan 50,000 masih berada di dalam bandar, walaupun yang lain memberikan anggaran yang jauh lebih rendah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PILU: Anggota White Helmets mengebumik­an rakan seperjuang­an yang terkorban di Sarmin, Idlib pada Sabtu lalu.
— Gambar AFP PILU: Anggota White Helmets mengebumik­an rakan seperjuang­an yang terkorban di Sarmin, Idlib pada Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia