Utusan Borneo (Sarawak)

Bah maut landa India, Nepal, Bangladesh

Tiga hari hujan lebat cetus banjir besar yang membunuh sekurang-kurangnya 165 orang

-

KATHMANDU: Sekurangku­rangnya 165 maut dan ribuan lagi meninggalk­an rumah mereka ketika banjir monsun melanda seluruh Nepal, India dan Bangladesh, menurut pihak berkuasa semalam.

Tiga hari hujan lebat tanpa henti mencetuska­n banjir kilat dan tanah runtuh yang telah membunuh sekurangku­rangnya 70 orang di Nepal, 73 di wilayah utara dan timur India serta 22 di Bangladesh.

K i r a - k i r a 2 0 0 , 0 0 0 penduduk kini menghuni kem kecemasan di wilayah timur laut Assam, India yang kerap mengalami banjir semasa musim monsun tahunan.

Sejumlah 15,000 lagi meninggalk­an rumah mereka di negeri timur Bihar yang berdekatan sempadan dengan Nepal, di mana pegawai mengesahka­n tujuh sungai kini pada paras bahaya.

Di Nepal, polis berkata lebih 48,000 rumah telah ditenggela­mi banjir.

Ketika para pekerja keselamata­n bergelut untuk sampai ke kawasan pedalaman, kementeria­n dalam negeri berkata, 47 disahkan hilang dan dikhuatir mati.

Palang Merah Nepal memberi amaran kekurangan air minuman dan makanan boleh mencetuska­n krisis kemanusiaa­n di negara miskin Himalaya itu.

“Di sebahagian besar kawasan, kekurangan air yang selamat diminum mewujudkan risiko tinggi masalah kesihatan.

“Beberapa kampung tidak dapat dihubungi, telekomuni­kasi dan telefon bimbit masih tidak berfungsi justeru sukar untuk kami membuat penilaian sepenuhnya,” kata jurucakap Dibya Raj Poudel.

Di India pula, pekerja keselamata­n menyelongk­ar kawasan yang ditimbus tanah runtuh yang menyebabka­n dua bas penumpang terjatuh ke dalam gaung yang dalam kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya 46 orang di negeri utara bergunungg­anang Himachal Pradesh.

Di negeri jiran Uttarakhan­d yang juga dekat sempadan dengan Nepal, tiga maut dalam tanah runtuh lewat kelmarin yang dicetuskan hujan lebat, kata pegawai polis tempatan Ajay Joshi.

Tentera Bangladesh dikerahkan memperkuku­h tambak di utara negara di mana pentadbir kerajaan Kazi Hasan Ahmed mengesahka­n sehingga 700,000 penduduk terperangk­ap dalam banjir selepas air sungai melimpahi tebing susulan hujan lebat berhari-hari.

“Kami tidak pernah melihat banjir seteruk ini di Dinajpur sejak 1988,” katanya merujuk kepada daerah paling terjejas.

“Tambak perlindung­an bandar telah dihanyutka­n banjir, sekali gus menyebabka­n sebahagian besar bandar utama tenggelam.

Pusat ramalan dan amaran banjir memberi amaran paras air di beberapa sungai utama akan terus meningkat untuk tempoh 72 jam akan datang.

Di Nepal, banjir paling teruk berlaku di kawasan tanah rendah selatan Terai, wilayah paling subur dan hab pertaniann­ya.

“Kami mendapat laporan bahawa kira-kira 70 peratus kawasan pertanian di Terai telah ditenggela­mi banjir,” kata ahli ekonomi kanan pertanian Shankar Sapkota.

“Jelapang padi, ladang sayur dan ladang ikan telah terjejas tetapi buat masa ini kami tidak dapat mengesahka­n tahap kerosakan.”

Hampir 150 maut di Nepal sejak awal musim hujan Jun lalu dan hujan kini dijangka beralih ke wilayah barat di mana pihak berkuasa mulai memindahka­n 74,000 penduduk.

Musim monsun di India bermula di penjuru selatan pada awal Jun dan dijangka berlarutan hingga September di seluruh negara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BANJIR BESAR: Anggota penyelamat mengiringi seorang penduduk yang diselamatk­an dari kawasan yang ditenggela­mi air di daerah Sauraha Chitwan, 150 kilometer selatan Kathmandu semalam.
— Gambar AFP BANJIR BESAR: Anggota penyelamat mengiringi seorang penduduk yang diselamatk­an dari kawasan yang ditenggela­mi air di daerah Sauraha Chitwan, 150 kilometer selatan Kathmandu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia