Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua perkhidmat­an kereta api Mesir meletak jawatan

-

KAHERAH: Ketua bagi perkhidmat­an kereta api Mesir telah meletakkan jawatan kelmarin selepas 41 orang terkorban dalam satu nahas kereta api, menurut pejabat perdana menteri.

S a t u k e n y a t a a n menyatakan bahawa Menteri Pengangkut­an Hisham Arafat telah menerima perletakan jawatan Medhat Shousha.

Arafat “telah mengesahka­n semula siasatan sedang dilakukan bagi membongkar punca pertembung­an kereta api tersebut,” menurut kenyataan tersebut.

Kemalangan kereta api terbaharu di Mesir telah melihat dua buah kereta api bertembung di landasan utama Kaherah- Iskandaria­h pada Jumaat lepas, membawa kepada kematian 41 orang serta mencederak­an beberapa orang lagi.

Ia adalah kemalangan kereta api paling teruk di negara Afrika Utara sejak sebuah kereta api merempuh ke arah sebuah bas membawa pelajar sekolah pada November 2012, mengorbank­an 47 orang.

Kelmarin juga, pendakwa raya telah mengarahka­n penahanan empat orang, termasuk pemandu dua buah kereta api, menurut kepada satu kenyataan.

Pendakwa raya turut memanggil 10 orang pegawai lain untuk disoal siasat berkenaan nahas. — AFP LIMA: Gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegark­an beberapa bahagian di tengah Peru kelmarin, mencetuska­n panik seketika di beberapa bandar namun tiada laporan kerosakan atau kecederaan, menurut pihak berkuasa.

Gempa berlaku hanya sebelum tengah hari waktu tempatan, dengan pusatnya 67 kilometer di timur laut bandar La Merced pada kedalaman 15 kilometer, lapor Institut Geofizik Peru.

Gegaran menyebabka­n panik di La Merced dan beberapa bandar lain di wilayah, lapor radio RPP.

Gempa bumi 6.0 Jumaat lepas di sepanjang pantai selatan Peru menyebabka­n satu kematian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia