Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis Turki mati ditikam

-

ANKARA: Seorang anggota polis telah ditikam sehingga mati di Istanbul pada Ahad oleh seorang lelaki yang disyaki anggota kumpulan Islamic State yang telah ditangkap kerana merancang satu serangan nekad, menurut media Turki.

Penyerang menikam anggota tersebut kirakira jam 11 malam waktu tempatan ketika dibawa keluar dari kereta peronda berhampira­n sebuah balai polis selepas penahanann­ya, menurut perkhidmat­an berita swasta Dogan.

Penyerang tersebut yang telah ditahan kerana disyaki merancang untuk melakukan satu pengeboman nekad, kemudian ditembak mati polis, lapor agensi prokerajaa­n Anadolu.

Pegawai terbabit yang dikejarkan ke hospital dari tempat kejadian dengan ambulans, mati akibat kecederaan­nya.

Setakat ini belum diketahui bagaimana lelaki itu berjaya menyembuny­ikan sebilah pisau ketika ditahan reman.

Bulan lepas pegawai antiterori­sme di Istanbul menangkap puluhan suspek anggota IS, ada di antaranya didakwa bersiap sedia untuk melancarka­n serangan penuh sensasi di Turki, kata polis.

Turki terjejas sejak 2016 dalam siri serangan yang meragut ratusan nyawa dalam tahun paling berdarah dalam sejarahnya.

Serangan dipercayai didalangi kumpulan IS dari negara jiran Iraq dan Syria, selain parti diharamkan Parti Pekerja Kurdistan ( PKK) yang menentang kerajaan dalam pemberonta­kan sejak tiga dekad lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia