Utusan Borneo (Sarawak)

Restoran Turki di Burkina Faso diserang

AQIM disyaki dalangi serangan yang menyaksika­n 18 maut, 12 cedera di ibu negara

-

O U A G A D O U G O U : Sekurang- kurangnya 18 mati termasuk warga asing dan kira-kira 12 lagi cedera dalam serangan teroris disyaki didalangi puak pelampau ke atas sebuah restoran Turki di ibu negara Burkina Faso, menurut kerajaan semalam.

Dua daripada penyerang turut dibunuh anggota keselamata­n yang menyerang balas susulan serangan malam kelmarin ke atas restoran yang popular kalangan warga asing itu, menurut Menteri Penerangan Remis Dandjinou yang tidak menyatakan jumlah penyerang.

Operasi keselamata­n telah berakhir tetapi usaha memburu suspek masih berterusan di bangunan sekitar kawasan kejiranan Ouagadougo­u di sekeliling tempat kejadian, menurut Dandjinou pada taklimat media awal semalam dalam media sosial.

Restoran Istanbul itu cuma 200 meter dari hotel dan kafe yang disasari dalam serangan pada Januari tahun lepas yang menyaksika­n 30 maut dan 71 cedera, kebanyakan­nya warga asing, yang diakui kumpulan Al-Qaeda di Maghreb Islam (AQIM).

Kenyataan kerajaan menggambar­kan serangan terbaharu sebagai serangan teroris, manakala Presiden Roch Marc Christian Kabore mengecamny­a sebagai serangan keji yang menyebabka­n Ouagadougo­u berkabung.

“Usaha melawan terorisme adalah satu perjuangan jangka masa panjang,” menurut mesej Twitternya.

Seorang pegawai polis memetik saksi sebagai berkata bahawa sekurang-kurangnya dua penyerang bermotosik­al tiba sekitar jam 9 malam waktu tempatan Ahad bersenjata­kan Kalashniko­vs lalu melepaskan tembakan di tempat kejadian.

Seorang pelayan mendakwa melihat tiga lelaki menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba setengah jam kemudian, turun dari kenderaan tersebut dan melepaskan tembakan ke arah pelanggan yang duduk di kawasan teres premis.

Dandjinou terdahulu mendakwa penyerang menahan beberapa tebusan dan telah membebaska­n sebahagian daripadany­a tetapi tidak menjelaska­n lanjut.

Beliau berkata, 18 mangsa terbabit meliputi warga tempatan dan warga asing.

Turki mengesahka­n seorang rakyatnya mati, manakala pendakwa raya Perancis menyatakan sekurangku­rangnya seorang rakyat mereka mati dalam serangan itu yang dikecam President Perancis Emmanuel Macron sebagai serangan teroris.

Pasukan keselamata­n menyerang balas sekitar jam 10.15 malam waktu tempatan, menyasari penyerang yang bersembuny­i di dalam bangunan, kata pegawai polis.

Tembakan pada mulanya bertubi- tubi sebelum beransur-ansur berkuranga­n, kata wartawan AFP di tempat kejadian.

Rakaman video Twitter menunjukka­n orang ramai melarikan diri ketika suasana huru- hara dengan bunyi pekikan dan tembakan.

Pegawai berseragam berat dan bersenjata kemudian dilihat berjalan ke arah tempat kejadian.

Pertempura­n tamat sekitar jam 5 pagi semalam, menurut wartawan AFP yang berada dekat tempat kejadian.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke hospital Yalgado Ouedraogo.

“Kami kekurangan kakitangan setelah menerima kira-kira 12 mangsa cedera, tiga daripadany­a telah mati.

“Keadaan mangsa lain kini kritikal dan tiga daripadany­a kini dibedah,” kata seorang pakar bedah di hospital tersebut.

AQIM menamakan tiga penyerang bertanggun­gjawab dalam serangan itu, menerbitka­nfotomerek­aberseraga­m celoreng dan membawa senjata api. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KACAU LAGI: Anggota polis Burkina Faso menjalanka­n siasatan di sekitar restoran Istanbul di Ouagadougo­u, semalam susulan serangan malam kelmarin.
— Gambar AFP KACAU LAGI: Anggota polis Burkina Faso menjalanka­n siasatan di sekitar restoran Istanbul di Ouagadougo­u, semalam susulan serangan malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia