Utusan Borneo (Sarawak)

Pemeriksaa­n hotel bajet diperhebat elak jadi ‘sarang’ penjenayah: Amer

-

KUCHING: Operasi pemeriksaa­n hotel- hotel bajet di seluruh negeri akan diperhebat­kan untuk memastikan ia tidak dijadikan tempat penjenayah melakukan aktiviti ‘nakal’ mereka.

Demikian menurut Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal di mana risikan polis mendapati kumpulan penjenayah lebih gemar menggunaka­n hotel-hotel bajet untuk menjalanka­n aktiviti menyalahi undang-undang.

“Operasi pemeriksaa­n di hotel bajet ini dilakukan susulan terdapat kes di mana hotel bajet dijadikan ‘sarang’ tempat penjenayah ini melakukan aktiviti ‘nakal’ mereka selain juga menjadi tempat persembuny­ian mereka.

“Ini mungkin disebabkan sewa hotel bajet ini jauh lebih murah berbanding hotel terkemuka,” kata Amer yang turut memberitah­u kebiasaann­ya penjenayah ini tidak akan menetap lama di sesuatu tempat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini semalam.

Tambahnya, usaha memperheba­tkan operasi ke atas bajet hotel itu juga mendapat sambutan yang baik daripada pihak pengusaha hotel-hotel berkenaan.

“Para pengusaha hotel bajet di negeri ini juga menyambut baik usaha yang dilakukan pihak polis untuk memastikan hotel yang dimiliki mereka ini tidak dijadikan sarang kegiatan jenayah,” katanya lagi.

Sementara itu, Amer dalam lawatan kerjanya semalam juga melancarka­n Unit Rondaan Berbasikal dalam usaha menangani jenayah khususnya memantau keselamata­n orang awam terutama para pelancong di kawasan Tebingan Kuching serta hotel di pusat bandar raya ini.

“Pasukan yang dianggotai 20 anggota polis ini akan melakukan rondaan bermula jam 3 hingga 6 petang di beberapa lokasi tumpuan orang awam dan pelancong sekitar bandar raya ini,” ujarnya lagi.

Selain itu, Amer turut memberitah­u pihaknya sudah bersiap sedia dari segi logistik, keperluan sumber manusia dan aset komunikasi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Kita melakukan persiapan awal dari segi keanggotaa­n, logisitik serta peralatan komunikasi agar tidak berdepan dengan sebarang masalah nanti dan sememangny­a kita sudah mempersiap­kan diri dalam apa jua bentuk tugas dalam menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dan Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai.

 ??  ?? SELAMAT BERTUGAS: Amer melakukan simbolik melepaskan anggota Unit Rondaan Berbasikal semasa lawatan kerjanya di IPD Kuching, semalam.
SELAMAT BERTUGAS: Amer melakukan simbolik melepaskan anggota Unit Rondaan Berbasikal semasa lawatan kerjanya di IPD Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia