Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita mengaku salah guna dadah didenda atau penjara

-

MIRI: Gara-gara menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa, seorang wanita didenda RM2,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam.

Norazian Ramli dari Ruby Garden, Pujut 10 di sini turut diperintah­kan supaya menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Hukuman itu dijatuhkan Pendaftar Mahkamah Rendah Md. Syafique Md Hilmie setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Norazian, 26, telah didakwa mengikut Seksyen 15 ( 1) ( a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendak­i serta-merta menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati ada menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234) dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.42 petang, 6 Februari 2015 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Mohammad Shukor Jemat, 41, dari Piasau Utara di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendak­i serta-merta menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis ketamine dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 1 pagi, 6 Februari 2009 di Balai Polis Pusat Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia