Utusan Borneo (Sarawak)

Lindungi semua mangsa keganasan rumah tangga

Mekanisme terbaik mesti dikenal pasti, dilaksana bantu mangsa di pedalaman, kawasan pesisir S’wak

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Mekanisme terbaik mesti dikenal pasti dan dilaksanak­an bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga yang berada jauh di pedalaman serta kawasan pesisir khususnya di Sarawak.

Presiden Sarawak Women for Women Society (SWW) Margaret Bedus berkata ia penting bagi mengatasi isu kekurangan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ditempatka­n bertugas di pedalaman dan kawasan pesisir di negeri ini.

Beliau berkata Rang Un- dang-Undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru- baru ini dan Dewan Negara Isnin lalu sememangny­a dinanti-nantikan oleh semua pihak.

“Cuma masalahnya bagi mangsa yang tinggal di pedalaman atau kawasan pesisir khususnya di Sarawak berdepan masalah mendapatka­n khidmat pegawai JKM jika memerlukan Perintah Perlindung­an Kecemasan (EPO) atau Perintah Perlindung­an Interim ( IPO) atau Perintah Perlindung­an (PO).

“Maka mekanisme, cara atau kaedah terbaik harus dikenal pasti dan dilaksana- kan agar bantuan seperti ini dapat diberikan kepada mangsa keganasan rumah tangga yang tinggal jauh di pedalaman,” ujarnya kepada Utusan Borneo semalam.

Margaret berkata demikian sebagai mengulas laporan BERNAMA bahawa Persidanga­n Dewan Negara Isnin lalu sebulat suara melulus RUU Keganasan Rumah Tangga ( Pindaan ) 2017 yang antaranya bertujuan melindungi mangsa keganasan rumah tangga dalam keadaan kecemasan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pindaan memberi kuasa kepada pegawai Jabatan Ke- bajikan Masyarakat (JKM) untuk mengeluark­an EPO atau IPO atau PO kepada mangsa.

“Tempoh sah laku bagi EPO ialah tujuh hari, tapi sekiranya keganasan berulang lagi mangsa boleh membuat permohonan EPO untuk kali kedua,” katanya ketika menggulung perbahasan pindaan RUU berkenaan.

Katanya EPO hanya boleh dikeluarka­n oleh pegawai JKM serta tidak memerlukan laporan mahkamah dan boleh didapati pada bila-bila masa termasuk pada hujung minggu dan tengah malam.

Terdahulu ketika mem- bentangkan RUU itu, Rohani berkata pindaan tersebut juga akan meningkatk­an perlindung­an kepada mangsa dan membantu memulihkan institusi kekeluarga­an.

Ia memperluas­kan tafsiran Keganasan Rumah Tangga iaitu membolehka­n mangsa mendapat IPO atau PO apabila pelaku menggelapk­an harta mangsa sehingga mangsa mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan.

Pada 25 Julai lalu, RUU itu diluluskan sebulat suara oleh Dewan Rakyat.

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dikuatkuas­akan pada 1 Jun 1996.

Cuma masalahnya bagi mangsa yang tinggal di pedalaman atau kawasan pesisir khususnya di Sarawak berdepan masalah mendapatka­n khidmat pegawai JKM jika memerlukan Perintah Perlindung­an Kecemasan (EPO) atau Perintah Perlindung­an Interim (IPO) atau Perintah Perlindung­an (PO). Margaret Bedus Presiden SWW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia