Utusan Borneo (Sarawak)

SCOPE dilancarka­n di Institute City Campus, Bangunan Yayasan S’wak

-

KUCHING: Sarawak Centre of Performanc­e Excellence (SCOPE) dengan rasminya dilancarka­n di Institute City Campus ( ICC), Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid di sini.

Majlis perasmian itu disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg selain disaksikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.

SCOPE Sdn Bhd merupakan entiti swasta yang menyediaka­n latihan kepada sektor swasta serta organisasi seumpamany­a.

SCOPE juga mengendali­kan platform untuk perkongsia­n pengetahua­n yang dikenali sebagai SCOPE Circle, iaitu program dikendalik­an secara bulanan, di mana penceramah daripada organisasi bereputasi akan berkongsi pandangan mengenai kepakaran dalam pelbagai bidang.

Dengan lokasinya yang terletak di tengah bandar raya ini, SCOPE menawarkan venue dengan kos efektif serta fleksibel kepada perniagaan dan organisasi yang mahu mengendali­kan acara latihan dan program ‘one-off’ atau ‘berulang’.

Antara kemudahan SCOPE di ICC, adalah seperti auditorium dan bilik seminar yang juga boleh disewa.

Sementara itu, pada majlis yang sama semalam, Abang Johari turut menyaksika­n pertukaran dokumen Memorandum Persefaham­an (MoU) antara SCOPE dan rakan strategik.

Pertukaran dokumen berkenaan diwakili Morshidi yang juga pengerusi SCOPE Sdn Bhd bersama Presiden Persekutua­n Perniagaan Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg, Pengarah Urusan Akademi Antarabang­sa Singapura-Kemboja Anselm Chu, Ketua Kanan Hay Group Sdn Bhd Mohammad Iesa Morshidi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rating Agency Malaysia Datuk Seri K.Govindan.

SCOPE mengumumka­n bahawa perkongsia­n dengan organisasi terkemuka membolehka­n kedua- dua pihak bekerjasam­a dan membangunk­an modul program, menggalakk­an pertukaran ilmu pengetahua­n dan membolehka­n aktiviti kolaborati­f antara akademik dan industri.

Ia termasuk persidanga­n, penerbitan, bengkel dan seminar selain itu kerjasama juga membolehka­n SCOPE memanfaatk­an sumber dan pakar daripada institusi masing-masing.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SCOPE Dr Asleena Helmi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah SCOPE Datu Dr Sabariah Putit, Datu Abu Bakar Marzuki dan Azmi Bujang serta para ADUN.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari menandatan­gani plak perasmian SCOPE di ICC Bangunan Yayasan Sarawak di Jalan Masjid, Kuching, semalam yang disaksikan Asfia (kiri) dan Morshidi (kanan).
SIMBOLIK: Abang Johari menandatan­gani plak perasmian SCOPE di ICC Bangunan Yayasan Sarawak di Jalan Masjid, Kuching, semalam yang disaksikan Asfia (kiri) dan Morshidi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia