31 kes penipuan pakej umrah, haji direkodkan
Kes direkod dalam tempoh tujuh bulan tahun ini membabitkan kerugian berjumlah RM582,075
KUCHING: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) mendedahkan bahawa sebanyak 31 kes penipuan pakej umrah dan haji direkodkan dalam tempoh tujuh bulan tahun ini membabitkan kerugian berjumlah RM582,075.
Setiausaha Bahagian Pelesenan KPKM Alan Abdul Rahim berkata setakat ini, sebanyak 19 kes dikesan di peringkat kementerian melibatkan nilai kompaun RM127,500.
“Jika dilihat dari tahun 2012 hingga Julai 2017, KPKM telah mencatat sebanyak 292 aduan dan mengeluarkan kompaun bernilai RM513,500 melibatkan 96 kes.
“Dalam tempoh sama, polis telah menerima sebanyak 281 aduan kes penipuan dengan jumlah kerugian lebih RM10, 771, 051,” katanya.
Alan berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Ziarah dan Hak Kepenggunaan Orang Awam 2017 Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini semalam.
Majlis tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha.
Manakala kes tuntutan yang telah difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna mencatat sebanyak 3,656 kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM22,615,101.69.
Mengulas lanjut, antara kes penipuan diterima kerana pakej yang ditawarkan tidak lengkap selain masalah dengan visa dan tiket penerbangan.
Ditanya tentang kes penipuan di Sarawak, Alan berkata setakat ini tiada laporan
Jika dilihat dari tahun 2012 hingga Julai 2017, KPKM telah mencatat sebanyak 292 aduan dan mengeluarkan kompaun bernilai RM513,500 melibatkan 96 kes.
penipuan pakej umrah dan haji berlaku di negeri ini.
“Di Sarawak, kita tidak ada terima sebarang aduan penipuan setakat ini. Hal ini kerana tahap kesedaran orang ramai terhadap isu penipuan amat tinggi.
“Oleh sebab itu, tidak ada kes penipuan berlaku, kerana mereka (orang awam) telah melakukan pencegahan awal,” katanya.
Alan berkata kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap syarikat agensi pelancongan yang melakukan penipuan pakej yang ditawarkan.
Apa yang penting katanya, perlu membuat semakan senarai syarikat berdaftar sebelum membuat sebarang transaksi.
Beliau mendedahkan bahawa terdapat juga kes yang tidak dilaporkan, malah golongan profesional dan pegawai kerajaan turut menjadi mangsa penipuan berkenaan.