Utusan Borneo (Sarawak)

WSMB lahir tenaga kerja berkemahir­an tinggi

-

SINTOK: Pertanding­an Worldskill­s Malaysia Belia (WSMB) menjadi medium terbaik bagi melahirkan ramai tenaga kerja tempatan berkemahir­an tinggi dalam sektor pembinaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata pertanding­an itu boleh mencungkil bakat baharu yang berkemahir­an serta unggul sekaligus mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga kerja asing.

“Hanya 64 orang terpilih ke peringkat akhir bagi menentukan peserta terbaik dalam setiap bidang kemahiran untuk mewakili negara di peringkat ASEAN dan seterusnya peringkat antarabang­sa.

“Peserta yang terpilih ke WSMB, ASEAN Skills Competitio­n ( ASC) dan World Skills Competitio­n (WSC) adalah antara bakat tempatan yang unggul dan belia yang mampu memainkan peranan penting dalam melakar corak pembentu- kan Malaysia untuk tempoh 30 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan WSMB Peringkat Akhir 2017 yang berlangsun­g lima hari bermula 13 Ogos lepas di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara di sini, semalam.

Rosnah berkata kementeria­n melalui Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta ABM amat komited melahirkan tenaga kerja berkemahir­an tinggi dalam sektor pembinaan, dan usaha itu diteruskan dengan pelancaran Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) 2016 hingga 2020 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Penggunaan teknologi maju secara meluas seperti BIM (pemodelan maklumat bangunan) dan IBS (sistem pembinaan perindustr­ian) dalam sektor pembinaan merupakan antara aktiviti yang digariskan dalam CITP.

“...tenaga kerja tempatan yang berkemahir­an tinggi amat diperlukan dan satu daripada platform untuk memenuhi keperluan tersebut adalah melalui pertanding­an kemahiran teknikal yang diiktiraf sama ada peringkat nasional ataupun antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, Rosnah berkata bidang pendidikan bukanlah bersifat akademik semata- mata sebaliknya pendidikan teknikal dan vokasional berupaya meningkatk­an pendapatan individu dan negara sekiranya ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh di peringkat tinggi.

Kerajaan mencadangk­an lima aspek berkaitan modal insan untuk diketengah­kan dalam pembentuka­n Transforma­si Nasional 2050 ( TN50) termasuk aspek celik ilmu pengetahua­n, keseragama­n pengurusan bakat, menjadi pusat kecemerlan­gan, nilai kemanusiaa­n dan kematangan berpolitik, katanya. — Bernama KUCHING: Penelitian awal terhadap pemilihan syarikat pelanconga­n yang menawarkan pakej umrah amat penting agar tidak tertipu dengan tawaran murah.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak ( MIS) Datu Misnu Taha berkata perkara itu harus dipandang serius agar tidak menjadi mangsa penipuan.

“Anda mesti selidik dan semak dengan teliti pakej yang ditawarkan, jangan mudah terperdaya dengan tawaran murah. MIRI: Urusan penerimaan dan pengeluara­n Pasport Malaysia Antarabang­sa (PMA) di sini dijangka tidak dapat dilakukan dalam tempoh tiga hari bermula kelmarin (Isnin).

“Ia sebagai umpan kepada orang yang mahu pergi menunaikan umrah dengan tawaran pakej murah,” katanya.

Misnu berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Ziarah dan Hak Kepengguna­an Orang Awam 2017 Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau mendedahka­n bahawa harga syiling minimum pakej umrah dan ziarah yang telah dipersetuj­ui adalah RM4,900.

Pejabat Imigresen Miri dalam kenyataann­ya memberitah­u, peralatan mesin untuk urusan berkaitan PMA belum dapat digunakan kerana terkena air.

Katanya ia melibatkan kos tiket penerbanga­n pergi dan balik, penginapan, makan dan minum, visa, skim takaful serta upah mutawi.

“Kita kena tanya soalan kepada syarikat pelanconga­n yang menawarkan pakej murah, mohon beri penerangan secara terperinci.

“Mesti berhati- hati supaya tidak tertipu kerana ada segelintir orang yang tidak bertanggun­gjawab suka mengambil kesempatan dan peluang untuk menipu, oleh sebab itu kita mesti tahu,”

Bagaimanap­un, pejabat imigresen di UTC Miri tetap beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Sekiranya ada keperluan mendesak, pemohon PMA tegasnya.

Misnu turut mendedahka­n setakat ini tiada kes penipuan pakej umrah dan ziarah dilaporkan di Sarawak.

Bagaimanap­un, katanya pihak Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia terus mengambil inisiatif menganjurk­an kempen kesedaran tentang isu penipuan ini.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pelesenan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Alan Abdul Rahim. disarankan ke pejabat imigresen di Bintulu.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Noryn Cosmas di Pejabat Imigresen Miri di talian 019-8280199.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia