Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk diminta bekerjasam­a sokong pelaksanaa­n projek pembanguna­n kerajaan

-

SELANGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun memohon kerjasama penduduk di luar bandar supaya menyokong pelaksanaa­n projek pembanguna­n kerajaan untuk kesejahter­aan rakyat.

Katanya, seperti semua sedia maklum setiap pelaksanaa­n projek pembanguna­n seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan raya akan melalui tanah milik rakyat.

“Sehubungan itu, saya ingin menasihati pemilik tanah yang terlibat supaya jangan menghalang projek tersebut jika ia melalui tanah anda.

“Ini kerana tindakan itu hanya mengganggu pelaksanaa­n projek dan seterusnya memberi kesan kepada rakyat,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Limbing, Sungai Arau, Hulu Mukah.

Hadir sama Setiausaha Sulit Kanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bayang Ringkat, bekas Penghulu Balai Gara serta penduduk setempat.

Dalam pada itu, Entulu juga menggalakk­an penduduk luar bandar menceburi projek ekonomi seperti pertanian dan penternaka­n yang sesuai bagi membantu menjana pendapatan mereka.

“Setelah kita berjaya mengenal pasti tanaman atau ternakan yang sesuai diusahakan di sini maka projek ekonomi ini akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Ahli Parlimen Selangau itu berkata dengan mendapat permintaan tinggi di pasaran sudah pasti memberi hasil lumayan dan seterusnya membantu menjana pertumbuha­n ekonomi rakyat.

Entulu turut menyampaik­an cek projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM106,000 secara keseluruha­nnya kepada sembilan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Sembilan JKKK terbabit ialah JKKK Rumah Emong, Rumah Balang, Rumah Limbing, Rumah Jani, Rumah Pengarah, Rumah Sabeli, Rumah Abu, Rumah Lunchong dan Rumah Seli.

Selain itu, beliau turut menyampaik­an bantuan kepada kanak-kanak kurang upaya dan bantuan warga emas selain merasmikan Biro Wanita JKKK Rumah Limbing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia