Utusan Borneo (Sarawak)

Pemohon DUN Tasik Biru berharap mendapat lebih banyak RMR1M

-

BAU: Lebih banyak kelulusan projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) diharap dapat diberi kepada pemohon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru, agar golongan kurang berkemampu­an itu dapat tinggal dalam sebuah kediaman yang selesa.

ADUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata terdapat ramai penduduk kampung di konstituen­sinya amat memerlukan bantuan tersebut dan begitu aktif memohon, namun kebanyakan­nya ditolak disebabkan isu hak milik tanah.

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak 200 permohonan daripada penduduk di kawasan Tasik Biru telah dikemukaka­n kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan setakat ini, 28 permohonan sudah diluluskan dan 68 permohonan masih dalam penilaian.

“Kebanyakan tanah orang kampung adalah tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang tidak mempunyai hak milik.

“Namun, kalau pemohon yang tanahnya tidak ada surat hak milik tetapi mereka mempunyai pendapatan yang stabil dan mampu membayar balik dalam masa ditetapkan, saya memohon agar SPNB mempertimb­angkan kemudahan itu kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penganuger­ahan dan Serahan Inden Projek RMR1M Untuk Tasik Biru di pejabatnya, Pusat Khidmat ADUN Tasik Biru di sini, semalam.

Dalam pada itu, Henry turut menggalakk­an lebih ramai penduduk kampung di kawasannya sama ada yang masih bujang atau berkahwin untuk memohon RMR1M dan memberi jaminan akan menyokong permohonan mereka.

Katanya, pada tahun ini SPNB telah memberi kuota kelulusan untuk sebanyak 50 unit RMR1M kepada DUN Tasik Biru dan kuota tersebut juga akan ditambah kalau ia sudah penuh.

“Sekarang kalau nak beli rumah mahal, nak bina rumah pun mahal...dengan adanya kemudahan yang disediakan kerajaan melalui SPNB, ia harus direbut oleh penduduk kampung untuk memiliki rumah sendiri,” katanya.

Jelas beliau, kelayakan pemohon adalah berpendapa­tan RM3,000 ke bawah sebulan, tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang dan perlu menyediaka­n tapak serta membayar ansuran RM250 sebulan manakala SPNB akan melantik kontraktor untuk membina rumah tersebut dalam masa tiga bulan.

Henry berkata pada tahun lepas, sebanyak 24 unit RMR1M telah dibina di kawasannya dan berharap kuota 50 unit yang diberikan tahun ini akan dapat dipenuhi, dengan hanya 28 permohonan yang diluluskan setakat ini.

Terdahulu, beliau mengingatk­an kontraktor yang dilantik untuk membina RMR1M di kawasannya supaya memastikan kualiti rumah yang dibina adalah terjamin.

“Saya berharap kontraktor menekankan kepada kualiti kerja, paling penting ialah pastikan tiada kebocoran atap serta mempunyai struktur yang kukuh kerana rumah ini akan dibayar setiap bulan oleh pemilik dan mereka mungkin mendiaminy­a sepanjang hayat.

“Kalau kualiti kerja kontraktor tidak baik, saya tidak akan menyokong untuk mereka mendapatka­n projek seterusnya,” katanya.

RMR1M adalah dibina dengan kos RM63,000 seunit dan berkeluasa­n 700 kaki persegi, yang lengkap dengan tiga bilik tidur, dua bilik air.

 ??  ?? KENANGAN: Henry (tujuh kiri) bergambar bersama wakil-wakil kontraktor selepas Majlis Penganuger­ahan dan Serahan Inden Projek RMR1M Untuk Tasik Biru di pejabatnya, Pusat Khidmat ADUN Tasik Biru, Bau, semalam.
KENANGAN: Henry (tujuh kiri) bergambar bersama wakil-wakil kontraktor selepas Majlis Penganuger­ahan dan Serahan Inden Projek RMR1M Untuk Tasik Biru di pejabatnya, Pusat Khidmat ADUN Tasik Biru, Bau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia