Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib terima kunjungan hormat panglima Armada Timur

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini, semalam.

Menurut satu kenyataan semalam, kunjungan itu bertujuan memaklumka­n Tun Taib mengenai penubuhan Markas Pemerintah­an Armada Timur pada 27 April lalu, yang berperanan memastikan keselamata­n maritim di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, kunjungan terse- but bertujuan memperkena­lkan Syed Zahiruddin sebagai Panglima Armada Timur yang pertama memandangk­an sebelum ini Markas Armada bertanggun­gjawab menjaga maritim di seluruh negeri di Malaysia.

Kini, Markas Armada telah menubuhkan dua wilayah yang terdiri daripada Wilayah Timur dan Wilayah Barat.

Markas Wilayah Timur bertanggun­gjawab memastikan keselamata­n maritim di Sabah dan Sarawak manakala Markas Wilayah Barat menjaga perairan di Semenanjun­g Malaysia.

Semasa pertemuan tersebut, Tun Taib turut dimaklumka­n mengenai perancanga­n pembanguna­n Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sarawak dengan menubuhkan Markas Wilayah 4 dan jeti di Bintulu dalam masa terdekat.

Penubuhan markas baharu itu adalah komitmen kerajaan untuk memastikan keselamata­n perairan di Sarawak lebih terpelihar­a di samping dapat melonjakka­n ekonomi di negeri ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Staf Tadbir Che Padzailman Mohamed dan Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching Leftenan Komander Aminuddin Bonimun.

 ??  ?? KENANGAN: Tun Taib (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Syed Zahiruddin (dua kiri) dalam kunjungan hormat tersebut.
KENANGAN: Tun Taib (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Syed Zahiruddin (dua kiri) dalam kunjungan hormat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia