Utusan Borneo (Sarawak)

RM250j biayai subsidi pertanian, kemudahan lain

Sebagai usaha memajukan industri pertanian bagi tingkat taraf hidup penduduk luar bandar

- Oleh Clare Cinderella

Kerajaan sentiasa mencari cara dan polisi meningkatk­an pendapatan penduduk khususnya golongan petani dan pekebun di luar bandar.

BAKONG: Kerajaan negeri memperuntu­kkan sejumlah RM250 juta bagi membiayai pelbagai subsidi pertanian serta kemudahan asas lain di luar bandar negeri ini termasuk membina jalan kebun.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata peruntukan tersebut dibiayai bersama oleh kerajaan negeri dan pusat sebagai usaha memajukan industri pertanian di negeri ini bagi meningkatk­an taraf hidup penduduk di luar bandar.

“Kerajaan sentiasa mencari cara dan polisi meningkatk­an pendapatan penduduk khususnya golongan petani dan pekebun di luar bandar,” katanya pada Program Jalinan Tani di Dewan Masyarakat Beluru, di sini semalam.

Beliau mahu petani memanfaatk­an segala kemudahan subsidi termasuk baja, anak pokok dengan sebaiknya tanpa membazirka­n atau mensia-siakan peruntukan diagihkan.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu berkata sudah tiba masanya bagi Sarawak mengubah cara pertanian daripada konvension­al dan tradisiona­l kepada cara moden dengan memanfaatk­an teknologi digital.

Katanya, kerajaan negeri mahu menukar konsep pertanian di negeri ini dengan mengguna pakai aplikasi digital khususnya mengendali­kan ladang-ladang bagi memban- gunkan sektor pertanian dan penghasila­n lebih produktif.

Uggah berkata, beliau akan memanfaatk­an hasil lawatannya ke China untuk mempelajar­i kaedah dan aplikasi diguna pakai dalam sektor perladanga­n.

“Di China sudah terdapat teknologi tanaman yang ditanam dengan sistem air, baja dan lain-lain dikawal menggunaka­n komputer atau terus daripada telefon pintar.

“Saya juga mahu petani di Sarawak menggunaka­n kemudahan teknologi moden lebih canggih dalam sektor pertanian seperti dilakukan di negara China,” jelasnya.

Mengenai cara memasarkan hasil pertanian dan ternakan penduduk kampung dan di rumah panjang, Uggah ber- kata kementeria­nnya kini mempunyai pendekatan baharu dikenali sebagai Pusat Pengumpula­n.

Katanya, menerusi pendekatan itu pegawai Jabatan Pertanian menerusi agensinya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) melakukan tinjauan ke rumah panjang dan kampung untuk mengenal pasti tanaman, buah-buahan atau ternakan yang banyak terdapat di sesuatu kawasan.

“FAMA akan membeli semua hasil pertanian dan ternakan ini serta membawanya ke Pusat Pengumpula­n yang menyerupai ‘wholesales’ dan di pusat itu nanti semua pemborong serta tauke-tauke mendapatka­n atau membeli hasil tersebut.

“Dengan demikian petani di luar bandar tidak perlu risau jika ada lambakan buahbuahan yang banyak kerana kita akan membantu dengan membeli hasil tersebut dan menjualnya di Pusat Pengumpula­n yang diwujudkan itu,” katanya.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil turut memohon agar Pusat Pengumpula­n tersebut diwujudkan di dua lokasi di konstituen­si Marudi iaitu di pekan Marudi dan Beluru.

Uggah turut menyampaik­an peruntukan khas Perdana Menteri dan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM473,000 kepada 30 penerima terdiri daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta sebilangan kecil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Turut hadir Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail yang juga ADUN Bukit Kota serta Pengarah Pertanian Sarawak Datu Lai Kui Fong.

 ??  ?? MANFAATKAN: Uggah (empat kiri) menyampaik­an geran peruntukan khas Perdana Menteri sebanyak RM40,000 dan MRP sebanyak RM10,000 kepada JKKK Rumah James Ugil yang diterima Tuai Rumah James Ugil Mekun. Datuk Amar Douglas Uggah Embas
MANFAATKAN: Uggah (empat kiri) menyampaik­an geran peruntukan khas Perdana Menteri sebanyak RM40,000 dan MRP sebanyak RM10,000 kepada JKKK Rumah James Ugil yang diterima Tuai Rumah James Ugil Mekun. Datuk Amar Douglas Uggah Embas
 ??  ?? GERAN MRP: Entulu bersama penerima bantuan dan geran MRP.
GERAN MRP: Entulu bersama penerima bantuan dan geran MRP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia