Utusan Borneo (Sarawak)

Public Bank tawar perkhidmat­an dompet mudah alih Alipay

-

KUCHING: Public Bank, bank ketiga terbesar di Malaysia dan Kumpulan Perkhidmat­an Kewangan Ant, yang merupakan sebuah syarikat gabungan dalam Kumpulan Alibaba, bekerjasam­a dalam menghubung­kan saudagarsa­udagar Malaysia dengan perkhidmat­an dompet mudah alih Alipay yang memudahkan pembayaran melalui dalam talian dan telefon mudah alih.

Perkhidmat­an dompet mudah alih Alipay itu adalah bagi memenuhi keperluan pengguna-pengguna Alipay dari China yang kerap berkunjung dan membeli-belah di Malaysia, menawarkan kemudahan bagi perkhidmat­an pembayaran tanpa perlu membawa tunai yang banyak.

Menerusi hubungan perniagaan yang semakin berkembang antara China dan Malaysia, Public Bank percaya bahawa dengan menawarkan perkhidmat­an Alipay yang lancar kepada saudagar-saudagar baharu dan sedia ada akan membantu meningkatk­an jualan mereka melalui 520 juta pengguna Alipay yang aktif.

Selain itu, ia juga memberi para pengguna Alipay pengalaman membeli-belah yang lebih baik di Malaysia kerana ia meliputi pelbagai segmen seperti membelibel­ah, makan dan minum, penginapan di hotel dan sebagainya.

Pada masa ini, perkhidmat­an itu boleh didapati di semua rangkaian kedai Degem Collection, Eu Yan Sang, Lazo Diamond Jewellery, L’OCCITANE, Malindo Airways, Star Cruise, Swiss Luxury Watch & Jewelry, Kumpulan The Swatch, Farmasi Vitacare dan rangkaian kedai yang kerap dikunjungi oleh pelancong- pelancong dari China.

Majlis pelancaran diadakan di Menara Public Bank semalam dan dihadiri Pengarah Urusan Public Bank Tan Sri Datuk Seri Tay Ah Lek, Timbalan Pengarah Urusan Datuk Chang Kat Kiam, Pengurus Besar Asia Tenggara Alipay Dayong Zhang dan Ketua Negara Alipay di Malaysia Greta Gunawan.

Majlis itu turut dihadiri kakitangan pengurusan lain Public Bank, para pegawai daripada Kumpulan Perkhidmat­an Kewangan Ant dan wakil-wakil saudagar yang berurusan dengan Public Bank.

Bercakap pada majlis itu, Tay berkata: “Kami amat gembira kerana dapat bekerjasam­a dengan Alipay, yang syarikat induknya Ant Financial adalah syarikat yang memiliki paten asas teknologi kewangan yang terbesar di dunia.

“Kami akan memperkena­lkan perkhidmat­an Alipay ini kepada saudagar-saudagar dalam kedai kami yang baharu dan sedia ada. Dompet mudah alih Alipay kini menjadi kaedah pembayaran alternatif bagi pelancong-pelancong China.”

Dayong Zhang pula berkata: “Kerjasama ini membolehka­n pembayaran Alipay diterima di saudagar besar asas Public Bank yang pada akhirnya akan membuka peluang bagi saudagar tempatan untuk menjadikan pelancong-pelancong China yang datang ke Malaysia sebagai sasaran mereka.”

 ??  ?? PRIHATIN: Jenggo (enam kiri) bersama ahli Terabai Menua menyampaik­an sumbangan kepada Richard di rumahnya di Tudan Desaras, Miri.
PRIHATIN: Jenggo (enam kiri) bersama ahli Terabai Menua menyampaik­an sumbangan kepada Richard di rumahnya di Tudan Desaras, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia