Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan S’wak mahu selari ekonomi digital

Kaji kemungkina­n sedia bantuan pendidikan bagi kursus bukan tradisiona­l di IPT

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Yayasan Sarawak sedang mengkaji kemungkina­n menyediaka­n bantuan pendidikan bagi kursus bukan tradisiona­l di institusi pengajian tinggi (IPT) selaras dengan dasar kerajaan menumpukan kepada sektor ekonomi digital.

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai perkara itu berhubung dasar polisi ekonomi digital dan e-dagang.

“Kita mahu perkara ini diselarask­an supaya dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, kita dapat menghasilk­an graduan dalam bidang penyelidik­an kerana Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bercakap mengenai penyelidik­an dalam semua bidang ini.

“Selain itu, kita juga menyediaka­n bantuan dalam bidang seni, kebudayaan dan seni persembaha­n kerana kita mahu mempelbaga­ikan bantuan sedia ada tetapi sekarang kita mahu mempromosi bi- dang digital dan e-dagang.

“Jadi, ini bidang baharu dalam perancanga­n diberi perhatian dan bagi kursus tradisiona­l, kita masih beri bantuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2017 di dewan Sekolah Kebangsaan ( SK) Agama Sibu di sini kelmarin.

Beliau berkata, Yayasan Sarawak memberi pinjaman kepada pelajar ditawarkan menyambung pengajian di universiti dan yang ditolak pinjaman oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kami sedia maklum bahawa kami menjadi pilihan ‘pemberi pinjaman terakhir’. Mana- mana pelajar yang gagal mendapatka­n pinjaman pendidikan mereka boleh memohon kepada kami. Tidak ada masalah, tetapi jumlahnya tidak besar,” katanya.

Bagi pinjaman pendidikan, beliau berkata Yayasan Sarawak tidak khusus mengenai kursus diambil oleh pemohon tetapi sebaiknya ditawarkan oleh universiti tempatan.

Bagaimanap­un, beliau berkata untuk biasiswa mereka mempunyai senarai kursus untuk pelajar ingin memohon bantuan itu.

Pinjaman Yayasan Sarawak tidak dikenakan sebarang faedah termasuk GST.

Kita mahu perkara ini diselarask­an supaya dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, kita dapat menghasilk­an graduan dalam bidang penyelidik­an kerana Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bercakap mengenai penyelidik­an dalam semua bidang ini.

 ??  ?? ROGAYAH
ROGAYAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia