Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pendidikan wajar tambah baik pekeliling berkaitan isu beg berat

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan sewajarnya menambah baik pekeliling berkaitan isu beg berat di kalangan murid sekolah.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, ia berbanding daripada bersusah payah mengumpul maklumat kerana isu berkenaan sebenarnya telah ditangani dengan kaedah penyediaan Jadual Waktu Anjal sebelum ini.

“Maka itu KGBS berharap kementeria­n menyelongk­ar semula pekeliling yang berkaitan dan menguat kuasa pekeliling terbabit. “Atau mengkaji semula arahan dalam pekeliling itu sama ada masih relevan dengan situasi sekarang atau tidak,” katanya melalui aplikasi Whatsapp kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Ahmad berkata, pada masa yang sama kesatuan mencadangk­an agar pekeliling berkenaan ditambah baik supaya pelaksanaa­nnya lebih lancar serta efektif.

Ini kerana ujar beliau, sekiranya kementeria­n masih berhasrat untuk mengumpul maklumat, ia seolah- olah kementeria­n telah bertindak ke belakang semula.

“Tambahan, tindakan ke belakang sudah pasti melibatkan kos yang tinggi yang mana kos ini lebih baik digunakan untuk melaksanak­an program lain kementeria­n.

“Justeru, KGBS menegaskan agar KPM merujuk dan pugarkan semula pekeliling sedia ada untuk menangani isu beg berat di kalangan murid,” katanya.

Kelmarin, BERNAMA dipetik sebagai berkata, Kementeria­n Pendidikan sedang mengumpul maklumat mengenai perbezaan bebanan buku yang dibawa murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi menangani isu murid dibebani kerja sekolah dan beg sekolah berat.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah memulakan proses mengumpul data dengan mengunjung­i sekolah berkenaan di beberapa negeri sebelum menghantar maklumat penuh kepada kementeria­n untuk tindakan lanjut.

“Pegawai kita telah turun ke sekolah di beberapa tempat tetapi mereka juga berdepan masalah seperti jumlah buku dan bebanan beg yang dibawa murid pada hari itu tidak seperti digambarka­n, mungkin kita pergi salah hari.

 ??  ?? AHMAD MALIE
AHMAD MALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia