Utusan Borneo (Sarawak)

Kemuka resit selepas bayar pinjaman pendidikan di mesin tunai, kata Azmi

-

SIBU: Bekas pelajar yang membuat bayaran balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Sarawak di mesin tunai harus mengemukak­an resit pembayaran mereka selepas membuat pembayaran.

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata pembayar pinjaman boleh mengemukak­an resit bayaran mereka melalui aplikasi Whatsapp Yayasan Sarawak di talian 017-8001971.

“Langkah tersebut sangat penting bagi membolehka­n kami mengetahui peminjam membuat bayaran balik ke akaun Yayasan Sarawak melalui mesin tunai.

“Kadang-kadang terdapat peminjam membuat bayaran balik melalui mesin tunai ke akaun Yayasan Sarawak tetapi tidak menghubung­i kami. Keadaan ini menyebabka­n kami tidak mengetahui siapakah membuat bayaran balik itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sibu di sini kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Beliau turut memohon agar graduan membuat Pinjaman Pendidikan Yayasan Sarawak supaya membayar balik pinjaman mereka kerana bayaran balik itu digunakan untuk membantu pelajar baharu yang memerlukan.

“Pembayaran balik adalah mudah kerana boleh dibuat secara atas talian atau melalui mesin tunai dan masukkan duit,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 150 pelajar dari tiga sekolah menengah, tujuh sekolah rendah dan 11 sekolah jenis kebangsaan Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan menerima Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak yang disampaika­n oleh Wong.

Hadir sama Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Wong Chong Kung dan Temenggung Stanley Geramong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia