Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ditahan kerana menunggang motosikal curi

-

KUCHING: Dua lelaki ditahan untuk siasatan lanjut selepas didapati menunggang sebuah motosikal curi ketika ditahan untuk pemeriksaa­n di Jalan Tabuan Dayak, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua suspek termasuk seorang lelaki warga asing ditahan anggota Balai Polis Sekama selepas dilihat mencurigak­an iaitu sekitar jam 1.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 27 tahun menunggang motosikal yang pernah dilaporkan hilang di Batu Kawa pada tahun lepas.

“Semasa membuat ‘snep check’, polis telah menahan sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an dan hasil pemeriksaa­n mendapati nombor pendaftara­n adalah palsu dan motosikal tersebut pernah dilaporkan hilang pada tahun lepas,” katanya.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan di lokap polis untuk siasatan lanjut.

“Suspek warga asing terbabit turut ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/ 63 Pindaan 2002 kerana gagal menunjukka­n pas perjalanan yang sah,” kata Abang Ahmad. SIBU: Seramai 104 penerjun dari 19 negara bakal beraksi pada Sibu Internatio­nal Base Jump 2017 edisi ke-9 berlangsun­g dari 21 hingga 24 September depan di Dataran Bandar Sibu Fasa Satu.

Pengerusi Jawatankua­sa Petugas Pelanconga­n Bahagian Sibu ( DTTG) Hii Chang Kee berkata sasaran awal seramai 100 peserta namun tidak menyangka jumlah penyertaan melepasi sasaran tahun ini.

“Kita ada penerjun dari Australia, Belgium, Brasil, Kanada, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Mexico, Belanda, New Zealand, Poland, Portugal, Rusia, Turki, United Kingdom, Amerika, Itali dan termasuk empat penerjun negara,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Residen Bahagian Sibu itu memberitah­u, acara ini adalah sempena Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017.

Menurut Hii, semua peserta dijangka tiba di Sibu pada 19 September dan terjunan percubaan dilakukan pada 21 September.

“Terjunan peserta pada hari pertama (22 September) dan hari kedua (23 September) bermula jam 8 pagi hingga 9 malam.

“Manakala, terjunan terakhir dilakukan pada 24 Sep- tember bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Pada 25 September, mereka kemudian dibawa melawat ke Rumah Michael Jalak, Nanga Tada, Kanowit,” jelasnya sambil menambah, selepas itu peserta berlepas ke Kuala Lumpur bagi mengikuti KL Tower Jump.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai berkunjung ke Dataran Sibu untuk menyaksika­n penerjun dari dalam dan luar negara terjun dari atas bangunan Wisma Sanyan setinggi 126 meter sebelum mendarat di Dataran Bandar Sibu Fasa Satu.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya memberi ruang kepada penerjun melakukan pendaratan di kawasan ditetapkan.

Hii menambah, terdapat aktiviti perniagaan dan taman permainan berlangsun­g di Dataran Fasa Dua bermula 14 hingga 25 September depan.

Apabila ditanya jumlah penerjun luar kembali ke Sibu tahun ini, Pengerusi Persatuan Base Jump Malaysia Kapten A Aziz menjawab kira-kira 30 peratus kembali pada tahun ini.

“Malah, bandar Sibu semakin dikenali di seluruh dunia selepas sembilan tahun penganjura­n Sibu Base Jump (SBJ) di bandar ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia