Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan SMK Jagoi mungkin dilulus jika BN kekalkan Mas Gading

-

BAU: Kelulusan pembinaan sebuah sekolah menengah baharu yang dicadangka­n di sini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Jagoi mungkin hanya dapat dicapai jika Barisan Nasional (BN) mengekalka­n kemenangan di Parlimen Mas Gading pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata ia memandangk­an beliau telah mengemukak­an permohonan cadangan untuk pembinaan sekolah tersebut kepada Kementeria­n Pendidikan sebelum ini, namun kelulusann­ya masih belum lagi dimaklumka­n.

“Tiada tempoh waktu diberikan oleh Kementeria­n Pendidikan untuk melu- luskan projek ini, tetapi saya berharap kerajaan persekutua­n dapat memperuntu­kkan kira-kira RM50 juta untuk melaksanak­annya.

“Mungkin juga projek ini akan dapat diluluskan jika BN menang di Mas Gading dan saya berharap BN dapat menang untuk mencapai hasrat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penganuger­ahan dan Serahan Inden Projek RMR1M Untuk Tasik Biru di pejabatnya, Pusat Khidmat ADUN Tasik Biru di sini, semalam.

Menurut Henry, SMK Jagoi amat diperlukan untuk menempatka­n pelajar dari kawasan Jagoi kerana pada masa ini, tiga sekolah menengah di daerah ini iaitu SMK Bau, SMK Lake dan SMK Paku sudah penuh.

Jelas beliau, walaupun sebuah lagi sekolah menengah baharu - SMK Singai dijangka siap pada 2019 namun ia juga tidak akan dapat membantu mengurangk­an kepadatan pelajar di tiga sekolah menengah sedia ada.

“Setiap sekolah sedia ada sekarang mempunyai hampir 2,000 pelajar dan masih menjalanka­n dua sesi persekolah­an, dengan kadar kira-kira 40 pelajar dalam satu kelas.

“Maka, ini membawa kepada persekitar­an pembelajar­an yang tidak kondusif,” katanya.

Be l i a u me n amb a h , sekiranya pembinaan SMK Jagoi tidak direalisas­ikan, sekolah-sekolah menengah di sini dijangka akan mengalami kepadatan pelajar yang serius kerana daerah ini kini sudah menjadi separa bandar dan bukan lagi luar bandar, ekoran pembanguna­n yang sedang pesat dari segi prasarana termasuk taman-taman perumahan.

 ??  ?? HENRY
HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia