Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran perlu mahir aplikasi, guna teknologi

Mereka tidak perlu berasa malu sebaliknya harus belajar dengan ahli keluarga atau mereka yang mahir

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

BEKENU: Masyarakat terutama golongan veteran yang tidak tahu menggunaka­n komputer riba tidak perlu berasa malu sebaliknya harus belajar dengan ahli keluarga atau mereka yang mahir.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata golongan veteran juga perlu memahirkan diri dengan aplikasi atau penggunaan teknologi sama seperti generasi muda sekarang.

“Kalau tidak tahu menggunaka­n komputer riba, jangan berasa malu sebaliknya perlu belajar dengan ahli keluarga yang mahir agar mereka tidak ketinggala­n dalam penggunaan teknologi terkini,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Komputer Riba kepada masjid, surau dan gereja di kawasan Sibuti di sini kelmarin.

Me n u r u t n y a , k e t u a kampung, penghulu, atau pengerusi rumah ibadat perlu mempelajar­i asas penggunaan komputer riba untuk kegunaan urusan rasmi.

“Dengan kemudahan yang disediakan ini, maka mereka dapat membuat laporan rasmi atau kertas kerja untuk mendapatka­n bantuan kerajaan dan sebagainya secara bertulis,” ujarnya.

Sehubungan itu, golongan veteran ini perlu menyahut cabaran dan bersama bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi terkini.

“Saya dahulu pun tidak pandai menggunaka­n telefon pintar namun kita perlu menanam minat untuk belajar kerana lama-kelamaan menjadi mahir,” katanya.

Ahmad Lai berharap rakyat terus bersama dan menyokong kerajaan bagi meneruskan kesinambun­gan kemajuan dan pembanguna­n di kawasan mereka.

“Ini kerana kerajaan menyalurka­n pelbagai kemudahan dan bantuan yang memberi manfaat secara langsung kepada mereka,” jelasnya.

Sementara itu, seramai 23 penerima terdiri daripada masjid, surau dan gereja masing-masing menerima komputer riba semalam.

Hadir sama Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) Miri dan Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Pemanca Ali Mudin dan Pengerusi SUPP Bekenu Kaunselor Wiiliam Thien.

Kalau tidak tahu menggunaka­n komputer riba, jangan berasa malu sebaliknya perlu belajar dengan ahli keluarga yang mahir agar mereka tidak ketinggala­n dalam penggunaan teknologi terkini.

 ??  ?? BAGUS: Ahmad Lai (duduk, empat kiri) bersama penerima komputer riba di pejabatnya di Bekenu kelmarin.
BAGUS: Ahmad Lai (duduk, empat kiri) bersama penerima komputer riba di pejabatnya di Bekenu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia