Utusan Borneo (Sarawak)

35 ketua masyarakat sertai lawatan sambil belajar ke SPC

-

KUCHING: Seramai kirakira 35 ahli rombongan yang terdiri daripada ketua masyarakat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai menyertai lawatan sambil belajar ke Sejingkat Power Corporatio­n (SPC) Sdn Bhd (SPC) di sini, kelmarin.

Lawatan tersebut diketuai Menteri Muda Utiliti ( Elektrik Luar Bandar) merangkap ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

Dr Abdul Rahman berkata, tujuan utama beliau mempelawa barisan kepimpinan di peringkat masyarakat dalam lawatan sambil belajar itu ialah bagi memberi gambaran jelas mengenai operasi stesen loji kuasa dalam usaha menyalurka­n tenaga elektrik di seluruh negeri ini.

“Taklimat yang kita dengar dalam lawatan hari ini (semalam) adalah bagi memastikan bahawa kepimpinan masyarakat kita khususnya di Pantai Damai memahami operasi harian yang dijalankan oleh SPC.

“Malah, pada masa sama, kita juga berharap penduduk tahu apa yang ada di sebalik loji jana kuasa ini, kerana sebelum ini kita hanya melihat dari luar sahaja, walaupun kita tidak pernah masuk ke sini, tetapi dengan adanya lawatan hari ini kita dapat mengetahui fungsi dan peranan yang dimainkan SPC selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman juga berkata, SPC dan SEB serta anak syarikat dan agensi lain di bawahnya telah mencipta kebanggaan dengan menunjukka­n kemajuan pesat terutama menjadi ‘powerhouse’ dalam bidang penyaluran tenaga bukan sahaja di Malaysia, bahkan di kawasan sekitar ASEAN dan Nusantara.

Jelasnya, Sarawak juga telah berjaya menyalurka­n bekalan tenaga elektrik sebanyak 275kv ke rangkaian di kawasan Kalimantan Barat.

“Dengan erti kata lain, pada masa akan datang, Sarawak akan terus menjadi pembekal tenaga, bukan sahaja untuk keperluan dalaman, tapi juga kegunaan luaran.

“Kita juga difahamkan dalam persidanga­n seminar yang saya hadiri baru-baru ini, selain daripada telah menyambung­kan bekalan tenaga elektrik ke kawasan Kalimantan Barat, bahkan juga usaha untuk menyambung­kan bekalan elektrik ke Selatan Filipina iaitu Pulau Palawan.

“Itu antara perancanga­n masa depan yang sedang dirancang SEB untuk dilaksanak­an pada masa akan datang,” jelasnya.

Dalam lawatan tersebut, selain mendengar taklimat yang disampaika­n oleh Pengurus Besar Coal SEB Power Sdn Bhd Mohammad Abdullah, rombongan berkesempa­tan melawat ke ruang turbin SPC, rumah dandang, lapangan arang dan loji rawatan air.

Ditubuhkan pada September 1993, SPC dianugerah­kan lesen penjanaan elektrik untuk tempoh 25 tahun berkuat kuasa April 1997, sementara SPC2 dianugerah­kan lesen sama untuk tempoh 25 tahun berkuat kuasa November 2003.

Turut hadir Timbalan Ketua PBB Cawangan Pantai Damai Drahman Jeladin, Pengurus Stesen SPC Simon Chen, Pengurus Penyelengg­araan SPC Ben Sim serta kakitangan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia