Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat harus bijak memajukan persatuan dengan anjur aktiviti bermanfaat

-

KUCHING: Ketua masyarakat di Sri Aman harus bijak memajukan persatuan dengan menganjurk­an aktiviti- aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat kata Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an mereka agar mencari inisiatif sendiri dan bukan mengharapk­an bantuan pihak lain.

“Ketua masyarakat perlu bijak memainkan peranan memajukan persatuan masing-masing dengan melibatkan aktiviti yang mendatangk­an manfaat terutama dalam mencari dana yang dapat membantu dalam pelaksanaa­n aktiviti yang telah dirancang di peringkat kampung atau rumah panjang masing-masing.

“Persatuan tersebut juga boleh menganjurk­an sesi ceramah dengan menjemput penceramah dari luar untuk memberi taklimat atau kursus mengenai adat istiadat dan lain- lain,” katanya ketika merasmikan Majlis Taklimat Penutupan Mesyuarat KetuaKetua Masyarakat N.31 Bukit Begunan baru-baru ini.

Pada masa sama, para agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Pejabat Residen, Pejabat Adat Istiadat atau Jabatan Pertanian harus dijemput memberi cerama, kursus dan tunjuk ajar kepada penduduk kampung.

Menyentuh Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP), beliau berkata ketua masyarakat dan agensi pelaksana hendaklah memainkan peranan memantau dan menyelia kerjakerja kontraktor yang telah mendapat projek tersebut.

Ia bagi memastikan projek tersebut dilaksana dengan cepat dan mengikut spesifikas­i yang telah ditetapkan untuk keselesaan dan memberi man- faat kepada rakyat di rumah panjang.

Beliau turut menyentuh mengenai proses pelantikan ketuaketua masyarakat yang baharu dan dilanjutka­n lantikan yang agak perlahan sehingga menyukarka­n penduduk kampung memerlukan khidmat mereka mendapatka­n tandatanga­n saksi atau surat sokongan.

Sehubungan itu, Mong menyeru kepada agensi kerajaan yang berkaitan agar mempercepa­tkan proses pelantikan ketua-ketua masyarakat yang telah tamat dengan pelantikan baharu yang telah dipilih secara sah oleh penduduk kampung sendiri.

Mong menyatakan dengan tegas bahawa pemilihan tuai rumah adalah pilihan rakyat di rumah panjang dan beliau sebagai wakil rakyat hanya menyokong pelantikan tersebut.

Bagi rumah panjang melebihi 20 pintu, tuai rumah yang telah dipilih harus diberi sijil pelantikan untuk memudahkan kerja mentadbir urus rumah panjang dijalankan.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan pelantikan ketua- ketua masyarakat yang telah dipilih secara sah oleh penduduk kampung,” tambahnya.

Sementara itu, pihak JKKK turut diingatkan agar menggunaka­n bantuan MRP yang diperuntuk­kan wakil rakyat untuk memberi insentif kepada pelajar di rumah panjang yang cemerlang dalam akademik.

Turut hadir Ahli Majlis Daerah Sri Aman Riji Gu, Gilbert Melina, Menjang Niah, Atal Denis, Noria Ampat, Penghulu Kaum Iban Kawasan Banting Sri Aman Belie Blazan dan ketua masyarakat dalam DUN Bukit Begunan, Tuai Rumah Slimen Kring, Tuai Rumah Iben dan Tuai Rumah Siti Amit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia