Utusan Borneo (Sarawak)

Trend kemalangan pekerja bermotosik­al perlu perhatian majikan

-

BANGI: Peningkata­n jumlah kemalangan membabitka­n pekerja yang bermotosik­al memerlukan perhatian segera majikan, kata Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata peningkata­n sebanyak 2,735 jumlah kemalangan ulang-alik melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal pada tahun lepas berbanding sebelumnya amat membimbang­kan dan perlu ditangani segera.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil majikan ialah dengan memberi pendedahan dan informasi berkaitan keselamata­n dan cara menunggang berhemah kepada pekerja masingmasi­ng.

“Kita faham faktor kos sara hidup yang tinggi menyebabka­n ramai pekerja yang terpaksa memilih untuk menunggang motosikal walaupun menyedari ia mempunyai risiko lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan bulan kemerdekaa­n peringkat agensi itu di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif NIOSH Zahrim Osman dan Setiausaha Eksekutif NIOSH Ayop Salleh. -- LAGI

Lee berkata majikan bertanggun­gjawab memastikan pekerja mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat ketika bekerja dan dalam perjalanan datang dan pulang terutamany­a ketika cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

Beliau berkata, tanggungja­wab itu termaktub di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, iaitu majikan bertanggun­gjawab untuk memastikan keselamata­n pekerja mereka.

Lee berkata trend peningkata­n kemalangan ulangalik bermula pada tahun 2008 apabila 19,041 kes dilaporkan berbanding 17,682 kes pada tahun 2007. dan trend tersebut berkekalan sehingga tahun lepas.

Terdahulu, Lee menyaksika­n Jalur Gemilang bersaiz gergasi diturunkan daripada bangunan NIOSH setinggi 10 meter melalui teknik ‘ abseiling’, oleh pasukan khas keselamata­n agensi itu sebagai antara gimik sambutan tersebut.

Pada majlis yang disertai lebih 100 kakitangan NIOSH itu, Lee turut mendeklama­sikan sajak bertajuk Erti Kemerdekaa­n hasil nukilan Datuk A. Samad Said. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI ILMU: Ismail menunjukka­n risalah FRI mengenai kuda laut selepas merasmikan Pameran Ikan Asing Larangan Import dan Hasil Penyelidik­an Kuda Laut di Akuarium Tun Abdul Razak di George Town semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI ILMU: Ismail menunjukka­n risalah FRI mengenai kuda laut selepas merasmikan Pameran Ikan Asing Larangan Import dan Hasil Penyelidik­an Kuda Laut di Akuarium Tun Abdul Razak di George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia