Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada telur dicemari fipronil

Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Eropah: KKM

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) semalam mengesahka­n tiada telur dan produk hasilan telur dari Eropah, termasuk yang tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda, dalam pasaran di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarka­n Sistem Maklumat Keselamata­n Makanan Malaysia (FoSIM) di bawah KKM, Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Eropah.

“Di samping itu, pihak Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia telah mengesahka­n bahawa tiada telur atau hasilan telur terbabit dieksport ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beberapa negara termasuk Jerman, Belanda, Belgium, Sweden dan Switzerlan­d telah menarik balik berjuta-juta telur ayam daripada pasaran selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan.

Fipronil adalah sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama namun pengambila­nnya pada paras tinggi dalam jangka masa pendek boleh menyebabka­n simptom peluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.

Sehingga kini, tiada bukti menunjukka­n kesan kronik dan karsinogen­ik pengambila­n fipronil kepada manusia.

Dr Noor Hisham berkata Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntu­kkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratk­an kesihatan termasuk telur ayam yang mengandung­i fipronil adalah melakukan kesalahan.

Pihak yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau keduaduany­a sekali, katanya.

Beliau berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang kemusykila­n berhubung sebarang isu keselamata­n makanan, mereka boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh. spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. — Bernama

Di samping itu, pihak Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia telah mengesahka­n bahawa tiada telur atau hasilan telur terbabit dieksport ke Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia