Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman denda jika buang sampah ke dalam sungai

-

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu melarang rakyat Malaysia daripada membuang sampah ke dalam sungai dengan menguatkua­sakan hukuman denda bagi memastikan sungai kekal bersih dan sihat, seorang pakar pengurusan air antarabang­sa mencadangk­an semalam.

Prof Roger A Falconer, pensyarah pengurusan air daripada Cardiff University, United Kingdom (UK), berpendapa­t kaedah itu adalah antara perkara yang boleh ditambah baik oleh Malaysia.

Beliau mencadangk­an supaya Malaysia mencontohi kaedah yang dilaksana UK iaitu mendenda semua pesalah itu dengan denda yang tinggi.

“Ramai orang membuang sampah ke dalam sungai. Perkara sama berlaku di negara saya 20 tahun dahulu.

“Sekarang kalau anda buang sampah dan anda ditangkap, anda akan teruk didenda. Ses- eorang pernah berkata kepada saya, bayaran denda itu sangat tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan.

“Seperti juga memandu laju, jika rakyat merasakan mereka akan terlepas, mereka akan pecut tetapi jika mereka fikir mereka mungkin tertangkap dan didakwa, mereka tidak akan memecut. Jadi anda perlu bertegas,” katanya.

Beliau ditemui Bernama selepas menghadiri Forum Khas Matlamat Pembanguna­n Lestari pada Kongres Dunia Persatuan Antarabang­sa Kejurutera­an Hidro-Alam Sekitar dan Penyelidik­an (IAHR) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Bagaimanap­un, Prof Falconer menyatakan rasa kagumnya dengan pendekatan Malaysia dalam tebatan banjir, yang menurutnya negara ini berada pada landasan betul dan menjadi contoh kepada dunia.

“Dalam pengurusan banjir, banyak yang anda lakukan di sini lebih baik daripada negara lain. Banyak pihak di seluruh dunia patut belajar daripada Malaysia.

“Ketika saya menganjurk­an satu majlis beberapa tahun lalu, kami bercakap mengenai bagaimana Malaysia menangani ribut dan hujan lebat. Longkang di sini mempunyai kedalaman satu meter dan longkang kami tidak sedalam itu serta tidak direka untuk menghadapi banjir kilat,” katanya.

Mengulas mengenai empangan di Malaysia, Persiden Suruhanjay­a Antarabang­sa bagi Empangan Besar Prof Dr Anton J. Schleiss berkata Malaysia merupakan contoh bagi empangan air pelbagai guna yang dibina dengan pelbagai fungsi seperti perlindung­an banjir dan pembekalan tenaga selain untuk bekalan air. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia