Utusan Borneo (Sarawak)

Kualiti guru Bahasa Inggeris perlu setanding peringkat antarabang­sa

-

NILAI: Kementeria­n Pendidikan mahu guru-guru Bahasa Inggeris di seluruh negara mempunyai penguasaan bahasa itu sehingga mencapai tahap C2 (paling cemerlang) berdasarka­n Common European Framework of Reference (CEFR).

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia sekali gus bagi memastikan standard pengajaran dan pembelajar­an Bahasa Inggeris di Malaysia setaraf dengan standard antarabang­sa.

“Setakat ini seramai 20,000 atau 52 peratus guru Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah telah mencapai tahap C1 dan C2 berdasarka­n CEFR.

“Jadi kita mahu, ELTC terus memainkan perananany­a dalam meningkatk­an tahap penguasaan dan kualiti dari segi penulisan dan komunikasi guruguru Bahasa Inggeris dalam usaha melahirkan murid yang cekap dalam bahasa ini serta mampu bersaing di peringkat antarabang­sa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampus ELTC dan majlis pembukaan Kolokium Highly Immersive Programme (HIP) di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad serta Pengarah ELTC, Dr Mohamed Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata perasmian kampus ELTC ini juga merupakan detik bersejarah bagi kementeria­n apabila mempunyai satu-satunya institusi yang dipertangg­ungjawabka­n untuk menerajui sistem pendidikan Bahasa Inggeris di negara ini.

“Kewujudan pusat ini juga menunjukka­n bahawa pihak kerajaan memang serius dalam usaha untuk meningkatk­an kualiti guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah.

Katanya bukan itu sahaja, bahkan kewujudan program yang berasaskan penguasaan Bahasa Inggeris turut diwujudkan dan dilaksanak­an di sekolah seperti program (HIP) dan Dual Language Programme (DLP). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia