Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 150 murid menyertai program ceramah motivasi UPSR

-

MUKAH: Lebih 150 murid daripada empat sekolah rendah di Dalat menyertai program ceramah motivasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bertemakan ‘Minda Mencipta Impian’.

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) St John, Kampung Medong, SK St Kevin, Sungai Kut, SK St Bernard dan SK St Jude, Kampung Kekan.

Menurut Penye l a r a s Program merangkap Yang Dipertua PIBG SK St John, Kampung Medong Royston Valentine, program diadakan khas bagi murid bakal menduduki UPSR.

“Ini merupakan program anjuran Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK St John Medong, Dalat diadakan di Dewan SK St John Medong,” katanya di sini semalam.

Penceramah motivasi jemputan khas, Pengarah Urusan Projek Pembanguna­n Pendidikan dan Sosial, Aqademi Ventures, Malaysia Ahmad Qadri Basri, 28, berkongsi ilmu pengetahua­n bersama murid dan ibu bapa pada program tersebut.

Penceramah itu mempunyai kepakaran dalam bidang aktiviti neuro dan psikologi serta berpengala­man sebagai penceramah motivasi dan kepimpinan.

“Program ini bagi memberi inspirasi kepada calon-calon UPSR dalam mencapai impian masing-masing dengan mendapatka­n keputusan cemerlang tahun ini melalui perkongsia­n pengalaman dan tip daripada penceramah,” jelas Rosyston.

Motivasi diri terutama persediaan mental yang utuh setiap calon dalam pecutan akhir menjelang UPSR tidak sampai sebulan lagi.

Turut hadir Guru Besar SK St John, Medong Maurice Josaphat Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia