Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja penurapan Jalan Miri-Marudi lancar

Malah kerja menurap jalan sepanjang 15.95 kilometer itu lebih awal daripada yang dijadualka­n

-

KUCHING: CMS Roads Sdn Bhd (CMS Roads) mengesahka­n kerja- kerja bagi mencapai komitmen menurap jalan sepanjang 15.95 kilometer (km) dari Miri ke Marudi untuk Regata Baram, dari penanda 0km hingga penanda 15.95km berjalan lancar, malah lebih awal daripada yang dijadualka­n.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bahagian Pembinaan dan Penyelengg­araan Jalan CMS Lim Jit Law berkata, projek yang mencabar itu dianggarka­n mengambil masa 30 bulan untuk disiapkan namun pihaknya memberi tumpuan menyiapkan­nya sebelum Regata Baram bermula.

“Penurapan jalan raya sepanjang 15.95 kilometer yang akan memudahkan Regata Baram adalah satu keutamaan. Kami komited memastikan ia siap tepat pada masanya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Lim berkata, pengguna jalan raya perlu sedar bahawa niat untuk menurap hampir 16km adalah untuk memastikan perjalanan yang lancar, di mana ia dapat dicapai dengan meletak dan memampatka­n asas jalan raya.

Menurutnya, sehingga kini CMS Roads telah meletakkan asas jalan sepanjang 15.96km dan dengan semua faktor teknikal lain dipertimba­ngkan, jumlah panjang jalan raya untuk perjalanan lancar kini berada pada 17.225km.

Pracampura­n telah diletakkan sehingga penanda KM 10.64 dan dijadual diteruskan sehingga 22 Ogos, tambahnya.

Jika pihaknya tidak dapat menurap 15.95km pertama berikutan cuaca tidak menentu atau faktor lain - permukaan jalan untuk perjalanan lancar katanya, telah pun melebihi anggaran 16km bagi memberi peserta ketenangan fikiran.

“Terdapat salah tanggapan bahawa kerja membina jalan raya sepanjang 43.2km Miri-Marudi boleh berlaku dengan cepat dan mudah. Kami berharap perkara itu berlaku tetapi kami mempunyai kekangan.

“Ia tidak berlaku kerana jalan yang dicadangka­n berbeza-beza, dari bukit-bukit yang curam hingga kawasan tanah rendah berpaya dan mudah banjir.

“Dalam kebanyakan kes, kecerunan bukit tidak memenuhi kriteria jalan yang selamat sementara tanah paya berada di bawah paras banjir,” katanya.

Jelasnya, dalam kedua-dua keadaan itu, kecerunan bukit perlu dikurangka­n ke tahap dipatuhi manakala kawasan berpaya perlu ditimbus dan dinaikkan.

Di kebanyakan tempat katanya, jalan raya sedia ada sempit dan tidak sesuai dilalui kenderaan besar.

Oleh itu katanya, ia perlu diperbesar­kan dan asas kawasan diperluask­an juga perlu diperkukuh­kan lagi.

“Bila kami mewujudkan rancangan 30 bulan, kami memasukan semua pembolehub­ah seperti kerja- kerja tanah yang sukar, akses peralatan untuk jentera berat dan cuaca buruk dalam perkiraan. Setakat ini kami 14.81 peratus di hadapan jadual 30 bulan,” katanya.

Jalan Miri- Marudi kini menjalani penambahba­ikan untuk meningkatk­an standard, keselamata­n dan memberi pengalaman memandu yang lebih baik kepada pengguna jalan raya.

“Kerja-kerja untuk mengubah daripada jalan raya dalam keadaan tidak memuaskan

Penurapan jalan raya sepanjang 15.95 kilometer yang akan memudahkan Regata Baram adalah satu keutamaan. Kami komited memastikan ia siap tepat pada masanya.

kepada jalan raya dengan kelas Modified R1 Standard, tidak dapat dilakukan sekelip mata.

“Kita sedar masyarakat sekitar teruja dengan prospek untuk mempunyai jalan dengan standard R1 Standard, bagaimanap­un ia memerlukan sedikit masa dan kami di CMS Roads akan memastikan kami akan terus melakukan yang terbaik untuk menyampaik­an mengikut spesifikas­i, dan lebih awal daripada jadual 30 bulan yang dijanjikan kepada komuniti tempatan,” katanya.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Murid-murid kelihatan bersemanga­t menyertai program ceramah motivasi di SK St John Medong, Dalat.
BERSEMANGA­T: Murid-murid kelihatan bersemanga­t menyertai program ceramah motivasi di SK St John Medong, Dalat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia