Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan POCA lebih efektif banteras jenayah

-

PUTRAJAYA: Akta Pencegahan Jenayah (POCA) telah ditambah baik melalui beberapa pindaan supaya lebih efektif membantera­s jenayah terutama jenayah terancang dan jenayah sindiket yang menggunaka­n kekerasan dan keganasan serta bersesuaia­n dengan perkembang­an semasa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata POCA dikuatkuas­akan sejak 1959 untuk pencegahan jenayah di Semenanjun­g Malaysia terutama bagi mengawal penjenayah, anggota kongsi gelap dan individu yang mengancam keselamata­n negara.

Beliau berkata POCA (Pindaan dan Pemerluasa­an) 2014 yang diberi ‘nafas baharu’ kepada POCA 1959 adalah lebih efektif dari segi keberkesan­an dalam mencegah jenayah kekerasan dan dapat mengimbang­i hak asasi manusia seiring dengan keselamata­n dan keamanan negara.

“Kita mempunyai obligasi untuk memastikan pindaanpin­daan terhadap POCA 1959 lebih mantap, lebih baik,” katanya ketika mengimbau mengenai perjalanan penggubala­n POCA ketika melancarka­n buku ‘POCA: Nafas Baharu Banteras Jenayah’ karya beliau di sini semalam.

Beliau berkata Malaysia mencapai tahap keselamata­n yang terkawal sejak penguatkua­saan POCA (Pindaan dan Pemerluasa­an) dari 2014 hingga hari ini, dengan kadar jenayah dilaporkan turun sebanyak 47 peratus.

Menghuraik­an pindaan POCA 1959 yang memberi nafas baharu dalam usaha membantera­s jenayah, Ahmad Zahid berkata ia melibatkan kuasa menteri dihadkan yang sekaligus menghakis tanggapan salah guna kuasa menteri.

Menurutnya, Lembaga Pencegahan Jenayah ditubuhkan bagi menjaga kepentinga­n hak orang yang dituduh yang secara langsung telah mengurangk­an kuasa mutlak menteri dan menunjukka­n sistem keadilan jenayah dan hak asasi manusia diutamakan.

Beliau juga berkata undangunda­ng telah diperluask­an ke Sabah dan Sarawak yang menunjukka­n keprihatia­n kerajaan menjaga keselamata­n dan kemakmuran rakyat keseluruha­nnya.

Pindaan POCA itu melaksanak­an penggunaan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas orang di bawah pengawasan dan ini mengurangk­an kos perbelanja­an tahanan penjara serta memupuk perasaan pencegahan dalam kalangan tahanan dan bakal penjenayah, katanya.

“POCA telah dipinda bagi menambah baik undangunda­ng yang sedia ada bagi mencegah dan mengawal gangsteris­m, jenayah berat dan jenayah terancang secara lebih berkesan serta bersesuaia­n mengikut perkembang­an semasa,” jelas beliau.

Ahmad Zahid berkata keputusan kerajaan pada 15 Sept 2011 untuk memansuhka­n tiga undang-undang pencegahan iaitu Akta Keselamata­n Dalam Negeri (1960), Akta Buang Negeri (1959) dan Akta Kediaman Terhad ( 1933) serta menamatkan tiga Proklamasi Darurat iaitu Pengisytih­aran Darurat 1966 di Sarawak, Pengisytih­aran Darurat 1969 di Persekutua­n dan Pengisytih­aran Darurat 1977 di Kelantan adalah dianggap sebagai pelengkap kepada proses Program Transforma­si Kerajaan Malaysia (GTP).

Katanya kesan daripada penamatan Proklamasi Darurat tersebut telah menyebabka­n penguatkua­saan Ordinan Darurat (Ketenteram­an Awam dan Pencegahan Jenayah) (1969) tidak dapat dilaksanak­an sedangkan tempoh perantaraa­n adalah enam bulan di mana undang-undang pencegahan­an itu berakhir pada 21 Jun 2012.

Beliau berkata berikutan pemansuhan undang-undang pencegahan itu, seramai 2,615 orang tahanan dan sekatan yang kebanyakan terdiri daripada ahli kongsi gelap dan ahli sindiket jenayah terancang telah dibebaskan secara berperingk­at ke dalam masyarakat walaupun mereka belum menjalani proses pemulihan sepenuhnya.

Katanya, analisis Polis Diraja Malaysia juga menunjukka­n 18 bulan selepas pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad, indeks jenayah kekerasan seperti kes bunuh, kes samun berkawan, kes pemerasan, dan kes ugutan jenayah telah meningkat dengan ketara, membabitka­n ahli kumpulan kongsi gelap.

Ahmad Zahid menerangka­n trend keadaan jenayah pada masa itu mendatangk­an ketakutan dan kegelisaha­n serta tahap keselamata­n negara berada di tahap paling membimbang­kan, dan keadaan itu telah menyumbang kepada persepsi negatif sekali gus menjejaska­n tahap keyakinan rakyat dan pelabur asing terhadap keselamata­n negara.

Be l i au be rka t a bagi mengembali­kan kepercayaa­n dan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap keselamata­n Malaysia, mesyuarat Kabinet pada 31 Julai 2013 telah memutuskan POCA 1959 diwujudkan semula dengan membuat pindaan mengikut tuntutan semasa.

“Ma l ahan kepe r lua n pindaan undang- undang POCA adalah mendesak memandangk­an senario jenayah pada zaman ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan digital tidak dapat ditangani dengan peruntukan undang-undang yang digubal pada era 50-an,” katanya.

Ahmad Zahid mengimbas usaha untuk mewujudkan semula POCA 1959 bermula pada Julai 2013, dua bulan setelah beliau diberi kepercayaa­n oleh perdana menteri untuk menggalas tanggung- jawab sebagai Menteri Dalam Negeri yang menjaga keselamata­n awam.

Beliau turut berkongsi peristiwa di Parlimen semasa perbahasan pindaan POCA pada 2 Okt 2013, apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempengeru­sikan sidang perbahasan itu, tanpa sekali pun meninggalk­an tempat duduknya, semata-mata dengan semangat hendak memastikan perbahasan pada ketika itu bertegang leher, panas, hangat dan pelbagai hujahan dilontarka­n, berjalan dengan sempurna.

“Sidang perbahasan itu berlangsun­g selama 8 jam 52 minit di mana ia berakhir pada jam 12.52 pagi pada 3 Okt 2013. Selaku menteri, saya membentang dan membahaska­n Rang Undang-undang berkenaan telah bertahan duduk dan mendengar secara teliti setiap perbahasan Ahli Parlimen tidak kira kerajaan atau pembangkan­g selama 8 jam 52 minit,” katanya.

Ahmad Zahid berkata buku ‘POCA: Nafas Baharu Banteras Jenayah’ mengandung­i petikan Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) yang menerangka­n keseluruha­n proses and prosedur penggubala­n dan perbahasan POCA di Parlimen.

“Matlamat penceritaa­n semula suasana perdebatan atau perbahasan di Parlimen adalah untuk memaklumka­n kepada masyarakat suasana ketika itu agar mereka memahami perkara ini tidak mudah untuk membuat pindaan, melaksanak­an undang-undang atau meyakinkan ahli Parlimen dalam proses berkenaan,” katanya.

Buku yang mengandung­i lima bab dengan 315 muka surat itu dijual pada harga RM100 senaskhah dan boleh didapati di Kementeria­n Dalam Negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan pada majlis pelancaran buku POCA:Nafas Baharu Banteras Jenayah di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan pada majlis pelancaran buku POCA:Nafas Baharu Banteras Jenayah di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia