Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan suruhanjay­a tepat

Permohonan Dr M lucut hak kelayakan 2 anggota RCI ditolak

-

K U A L A L UMP U R : Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa keputusan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) menolak permohonan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melucut hak kelayakan dua anggota suruhanjay­a itu adalah tepat.

Suruhanjay­a Siasatan Diraja itu ditubuhkan untuk menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami oleh Bank Negara pada tahun 1990-an.

Peguam Kanan Persekutua­n Datuk Amarjeet Singh memberitah­u pemberita bahawa beliau telah berhujah bahawa keputusan inkuiri menolak permohonan Tun Dr Mahathir untuk melucut hak kelayakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Tan Sri Saw Choo Boon sebagai anggota suruhanjay­a adalah tepat.

“Pelantikan itu hanya boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Kabinet.

Ini berdasarka­n prinsip bahawa pihak berkuasa yang mengesyork­an pelantikan mempunyai kuasa untuk membatalka­n pelantikan tersebut,” kata beliau.

Beliau berhujah demikian semasa prosiding dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi berhubung bantahan kerajaan terhadap permohonan Tun Dr Mahathir bagi kebenaran semakan kehakiman untuk membatalka­n keputusan Suruhanjay­a Siasatan Diraja menolak permohonan­nya untuk melucutkan hak kelayakan dua anggota suruhanjay­a tersebut.

Beliau berkata ia bertentang­an dengan kepentinga­n awam untuk Suruhanjay­a Siasatan Diraja tertakluk kepada semakan kehakiman pada peringkat awal atau semasa atau peringkat akhir inkuiri oleh Suruhanjay­a Siasatan.

Amarjeet mewakili anggota suruhanjay­a tersebut iaitu pengerusi Mohd Sidek yang juga pengerusi Petronas, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said, ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, Saw, yang juga pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas bagi Memudahkan Perniagaan (PEMUDAH), ahli Institut Akauntan Malaysia, K.

Puspanatha­n dan kerajaan sebagai responden. Dalam hujahnya, Amarjeet juga berkata bahawa Suruhanjay­a hanya ‘adjunct’ kepada pasukan petugas kerana bidang kuasanya lebih luas daripada pasukan petugas yang cuma bersifat pentadbira­n dan menjalanka­n fungsi mencari fakta.

Peguam Mohamed Haniff

Pelantikan itu hanya boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Kabinet. Ini berdasarka­n prinsip bahawa pihak berkuasa yang mengesyork­an pelantikan mempunyai kuasa untuk membatalka­n pelantikan tersebut.

Khatri Abdulla, yang mewakili Tun Dr Mahathir berkata semalam ditetapkan untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman anak guamnya, tetapi Amarjeet telah membangkit­kan bantahan terhadap permohonan Tun Dr Mahathir.

“Jika permohonan kebenaran dibenarkan, pihak kami memohon perintah untuk menggantun­g prosiding inkuiri itu yang akan didengar pada 21 Ogos ini,” katanya sambil menambah bahawa mahkamah menetapkan Khamis (17 Ogos) untuk keputusan bantahan oleh responden.

Tun Dr Mahathir memfailkan permohonan itu pada 9 Ogos lepas, bagi membatalka­n keputusan Suruhanjay­a itu pada 8 Ogos lepas dan memohon perintah untuk melucut hak kelayakan Mohd Sidek dan Saw daripada menjadi ahli panel Suruhanjay­a Siasatan untuk keseluruha­n prosiding itu.

Beliau turut memohon perintah Mandamus supaya kerajaan atau kabinet menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi membatalka­n atau menamatkan pelantikan Mohd Sidek dan Saw sebagai ahli panel suruhanjay­a tersebut.

Tun Dr Mahathir menfailkan permohonan itu atas alasan komposisi suruhanjay­a itu telah melanggar prinsip keadilan asasi kerana keduaduany­a ahli panel Pasukan Penyiasata­n Khas (PPK) yang dipertangg­ungjawabka­n untuk membuat siasatan dan memajukan rekomendas­i dengan menasihatk­an jemaah kabinet bagi menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia