Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak asyik diperhati sebelum hilang

-

PORT DICKSON: “Anak saya ada mengadu dia kerap terlihat orang perhatinya dari luar rumah sejak minggu lepas sehingga membuatkan­nya sukar tidur. Namun saya tidak sangka kejadian ini akan berlaku,” kata Fazil Abdullah, 35.

Beliau menceritak­an mengenai anaknya Faralysa Amani, 9, yang hilang dari rumah mereka di Kuarters Politeknik Port Dickson pagi kelmarin sebelum ditemui tidak jauh dari pintu utama politeknik itu pada sebelah malam.

“Cara suspek masuk ke dalam rumah sebelum melarikan anak saya seperti dia sudah faham selok- belok rumah kami.

Tetapi setakat ini saya tidak syak siapa-siapa namun ada kemungkina­n anak saya mengenali suspek,” katanya kepada pemberita di rumah keluargany­a di Batu 7, Teluk Kemang semalam.

Fazil berkata anaknya juga memberitah­u dia diacukan pisau untuk dibawa keluar dari rumah menerusi pagar yang rosak.

“Anak saya kemudianny­a dibawa menaiki kereta yang diletak di luar pagar kawasan rumah kami sebelum dia dibawa pula ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya,” katanya.

Fazil berkata anaknya ketika ditemui semula selepas 15 jam dilarikan tidak banyak cakap dan dalam keadaan mengantuk serta terus meminta alat ‘inhaler’ bagi penyakit asmanya.

Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. Katanya kes anaknya masih dalam siasatan polis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia