Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara kerajaan bukan golongan ‘gigit’ organisasi

Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan penuh adab

-

SERDANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkeyakin­an pesara kerajaan adalah golongan yang tidak menggigit ‘organisasi’ mereka pernah berkhidmat.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun mungkin wujud perbezaan pandangan dalam hal tertentu namun pesara perkhidmat­an awam diyakini tidak akan membiarkan diri menjadi liabiliti kepada negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan meraikan perbezaan pendapat yang mungkin wujud namun ia perlu ditangani dengan penuh adab dan kesusilaan seperti yang diajar oleh agama.

“Dengan jumlah pesara seramai 778,894 orang ketika ini, kita tahu mungkin ada yang mempunyai perasaan bercampur baur tetapi saya percaya anda tidak pernah ‘gigit’ organisasi yang pernah dan terus memberi ‘makan’ kepada kita,” katanya pada Perhimpuna­n 1Pesara Malaysia di sini semalam.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan sentiasa menghargai pesara kerajaan sebagai aset negara.

Timbalan Perdana Menteri menarik perhatian bahawa kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM20 bilion setahun untuk golongan pesara dan jumlah itu sentiasa meningkat kerana setiap tahun kira-kira tiga peratus penjawat awam akan memasuki alam persaraan.

“Sifat istiqamah dan mengenang jasa itu adalah selari dengan tuntutan agama kerana berterima kasih kepada orang yang memberi adalah satu daripada tanda seseorang bersyukur kepada Allah,” katanya.

Ahmad Zahid menggesa pesara kerajaan terus aktif menyumbang bakti untuk kesinambun­gan kesejahter­aan negara dan menjauhkan diri daripada terjebak atau turut melayani ketidakpua­san hati sesetengah pihak pada kerajaan yang tidak berkesudah­an.

Beliau tidak mahu pesara membiarkan diri mereka dalam kepompong golongan ‘ yang hanya menamatkan saki-baki hidup’ sebaliknya perlu terus aktif dan berdiri teguh bersama kerajaan yang pernah dinaungi semasa dalam perkhidmat­an.

“Saya tidak mahu label itu digunakan pada pesara dan sebab itu kita perlu terus aktif sebagai aset yang sentiasa menyayangi, membantu dan berterima kasih kepada kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri meminta Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman melihat semula kaedah atau perkiraan bayaran pencen bagi seseorang anggota perkhidmat­an awam yang berpencen agar golongan itu tidak termasuk dalam kumpulan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas bersara.

“Kita sedar tanggungan kerajaan adalah besar tetapi jika pendapatan negara bertambah, kita yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sedia memberi lebih faedah kepada pesara dan saya boleh bisikkan hal itu kepada beliau,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumka­n kerajaan akan mewujudkan My Beautiful Life For Seniors (BLFS), satu pusat yang akan membolehka­n warga emas memperoleh kehidupan yang produktif dan bermanfaat selepas bersara.

Pelancaran BLFS akan dibuat oleh Perdana Menteri pada Oktober ini bersempena sambutan Hari Warga Emas, katanya tanpa mendedahka­n maklumat lanjut mengenai inisiatif baharu kerajaan itu. — Bernama

Dengan jumlah pesara seramai 778,894 orang ketika ini, kita tahu mungkin ada yang mempunyai perasaan bercampur baur tetapi saya percaya anda tidak pernah ‘gigit’ organisasi yang pernah dan terus memberi ‘makan’ kepada kita.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Pesara-pesara bersemanga­t mendengar ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpuna­n 1Pesara Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Pesara-pesara bersemanga­t mendengar ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpuna­n 1Pesara Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia