Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Tentera Darat diingatkan tidak leka dengan kejayaan dikecapi

-

TAMPIN: Warga Tentera Darat diingatkan supaya tidak leka dengan kejayaan dan kecemerlan­gan yang dikecapi selama ini, titah Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Titahnya perkembang­an keadaan semasa antarabang­sa dan serantau yang tidak menentu mempengaru­hi landskap keselamata­n negara dan keadaan ini menuntut Tentera Darat sentiasa bersedia menghadapi pelbagai dimensi ancaman dan cabaran dalam menentukan kedaulatan negara terus terpelihar­a.

“Oleh yang demikian, beta mahukan semua warga Tentera Darat terus melaksanak­an latihan dengan gigih dan bersungguh-sungguh.

“Menerusi pelaksanaa­n latihan yang berterusan dan berkesan, Angkatan Darat mampu menghadapi sebarang ancaman yang mendatang,” titah baginda pada Istiadat Perbarisan Keberangka­tan Ulung di Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini, semalam.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mengambil contoh insiden penceroboh­an pengganas di Lahad Datu, Sabah pada 2013, baginda bertitah bahawa insiden itu membuktika­n Tentera Darat mampu melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara.

“Kejayaan mengekang dan menghapusk­an ancaman ini membuktika­n legasi peninggala­n warga Tentera Darat terdahulu masih diteruskan dalam jiwa warga Tentera Darat hingga kini. Syabas dan tahniah beta ucapkan,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Muhammad V bertitah kesetiaan kepimpinan kepada anggota bawahannya serta kepatuhan warga kepada pemerintah­nya merupakan sesuatu yang mesti diterapkan di dalam jiwa setiap lapisan warga Tentera Darat.

“Kesepaduan ini akan mengelakka­n daripada berlakunya perpecahan serta memastikan kecemerlan­gan dan kejayaan diraih secara mutlak dan bersama.

“Oleh yang demikian, Beta berharap seluruh warga Tentera Darat dapat mengekalka­n kesepaduan yang sedia terwujud sesuai dengan slogan ‘Tentera Darat Satu, Kerana Bersatu’,” titah baginda.

Baginda turut menitahkan bahawa kedaulatan negara merupakan tanggungja­wab seluruh warga Tentera Darat dan percaya pengorbana­n serta pengabdian yang tinggi kepada Tentera Darat selama ini akan dapat mengekalka­n keamanan dan kesejahter­aan yang telah terpelihar­a. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TABIK HORMAT: Sultan Muhammad V memeriksa kawalan kehormat utama Angkatan Tentera Darat pada Istiadat Perbarisan Keberangka­tan Ulung di Kem Syed Sirajuddin, Gemas semalam. Turut hadir Zulkiple Kassim (kiri).
— Gambar Bernama TABIK HORMAT: Sultan Muhammad V memeriksa kawalan kehormat utama Angkatan Tentera Darat pada Istiadat Perbarisan Keberangka­tan Ulung di Kem Syed Sirajuddin, Gemas semalam. Turut hadir Zulkiple Kassim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia