Utusan Borneo (Sarawak)

Tata Etika Penggunaan Media Sosial panduan kepada warga KKM

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluark­an ‘Tata Etika Penggunaan Media Sosial’ dalam kalangan warga KKM bagi memastikan integriti kakitangan kesihatan berada pada tahap tertinggi.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tata etika yang dikeluarka­n sejak tahun lalu itu bertujuan sebagai panduan kepada warga KKM bagi mengelakka­n penyalahgu­naan media sosial sehingga berlakunya kes tidak berintegri­ti seperti merakam video pesakit atau prosedur rawatan.

“Setiap profesion mempunyai mempunyai ‘Code of Profession­al Conduct’ masingmasi­ng yang perlu dipatuhi dan sebarang ketidakpat­uhan terhadap etika yang ditetapkan, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib,” katanya pada sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Negara di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Azizah Harun mengenai bilangan jururawat, pembantu perubatan dan anggota sokongan perubatan yang berdaftar di seluruh negara serta bagaimana kerajaan memastikan integriti mereka agar kes seperti merakam video pesakit atau prosedur merawat tidak dikongsi dan tular di media sosial.

Dr Hilmi selanjutny­a berkata kementeria­n telah mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai di kementeria­nnya yang terbabit.

“Banyak kes melibatkan kesalahan disiplin yang telah diambil tindakan iaitu sebanyak 239 kes pada 2014, 338 kes (2015), 385 kes (2016) dan 411 kes (2017).

“Bentuk tindakan yang diambil adalah amaran (paling ringan), denda maksimum tujuh hari tangguh emolumen, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan emolumen, turun emolumen, turun pangkat dan tindakan terakhir adalah buang kerja,” katanya.

Menurutnya berdasarka­n rekod terdapat sebanyak 121,492 jururawat, 17,043 penolong pegawai perubatan dan 30,663 kakitangan sokongan perubatan berdaftar di seluruh fasiliti KKM dan swasta setakat 31 Mac lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia