Utusan Borneo (Sarawak)

Jawapan tidak memuaskan punca kecoh ‘Nothing to Hide 2.0’: Hadi

-

KUALA LUMPUR: Bekas penyewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang masih mempunyai tunggakan bayaran sewa diberi tempoh sebulan untuk menjelaska­n tunggakan atau mereka bakal berdepan tindakan mahkamah.

Pengarah Eksekutif Pembanguna­n Sosio Ekonomi DBKL Datuk Ibrahim Yusoff berkata mengikut rekod terkini, pihaknya mengenal pasti sebanyak 16,634 bekas penyewa yang masih gagal menjelaska­n tunggakan sewaan perumahan yang kini mencecah jutaan ringgit.

“Kadar sewa bagi setiap unit PPR atau PA hanyalah RM124 sebulan. Kalau nak ikutkan nilai sebenar termasuk kos penyelengg­aran boleh mencecah lebih RM400 sebulan tetapi kami beri subsidi dan duit (sewa) yang kita minta balik ini bukan untuk DBKL tetapi digunakan untuk menyelengg­ara lebih 74,000 unit PPR yang ada,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Selain itu, beliau turut mendedahka­n terdapat lebih 8,000 penyewa pusat penjaja dan pasar bangunan DBKL yang gagal menjelaska­n tunggakan sewa, juga telah mencecah jutaan ringgit.

Katanya pihak DBKL hanya mengenakan bayaran sewa di antara RM150 hingga RM250 sebulan, namun beliau kesal kerana masih ramai penyewa gagal untuk melunaskan­nya.

Menurut beliau, masalah tunggakan sewa yang berlaku bukan disebabkan penyewa kurang berkemampu­an tetapi sikap mereka yang suka melengahka­n bayaran sehingga akhirnya terpaksa menanggung tunggakan yang banyak.

“Bila tunggakan sudah terlampau banyak, mulalah kata duit tidak ada, sedangkan sewaan tapak sudah terlampau murah,” katanya yang turut memberi tempoh sebulan kepada penyewa pusat penjaja dan pasar bangunan DBKL untuk melunaskan tunggakan sewa sekiranya tidak mahu berdepan dengan tindakan mahkamah atau disenarai hitam. — Bernama KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jawapan yang tidak memuaskan berkaitan peristiwa Memali oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan punca utama berlakunya kekecohan semasa majlis ‘Nothing to Hide 2.0’ di Shah Alam, Ahad lepas.

Majlis anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kecoh apabila ada individu yang membaling selipar, botol air, kasut dan menyalakan suar ke arah Dr Mahathir, ketika Pengerusi PPBM itu menjawab soalan hadirin mengenai peristiwa Memali, Baling Kedah.

“Semua pihak menunding jari menyalahka­n pihak lain dengan melupai punca asas tercetusny­a kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kekecohan tercetus kirakira jam 5.10 petang Ahad lepas apabila peserta mula membaling selipar dan sebagainya sehingga keadaan panik berlaku dan peserta terpaksa berlari keluar dari Dewan Raja Muda Musa, itu untuk menyelamat­kan diri.

Beberapa individu cedera ringan akibat terjatuh ketika menyelamat­kan diri selain berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri.

Abdul Hadi merujuk kepada peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 yang menyaksika­n 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarka­n operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Beliau berkata dalam kejadian itu PAS telah dipersalah­kan walaupun sebenarnya menjadi ‘mangsa’ sehingga Ibrahim dan rakan-rakannya terkorban.

“Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab, sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan,” katanya.

Beliau berkata dalam perjuangan­nya, PAS menggunaka­n pendekatan berdakwah dan bukan menghukum kafir-mengkafir kerana kejahilan umat Islam terhadap agama itu.

“Hari ini (semalam) dapat diwujudkan kerjasama PAS dan UMNO dalam perkara Islam. Malangnya ada pihak yang marahkan pendekatan ini,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS memandang serius kekecohan yang berlaku dan sepatutnya penganjur lebih berhati-hati dengan isu keselamata­n.

“Program itu sepatutnya dikawal dengan lebih cermat supaya ia tidak membuka ruang kepada suasana yang boleh menimbulka­n keadaan emosional dan provokasi.

“Peranan ini boleh dimainkan oleh pihak penganjur dengan mengawal keseluruha­n keadaan, di samping ahli panel dengan mengelakka­n ulasan yang mengundang reaksi negatif dan terakhir sekali peserta program itu sendiri dengan lebih bersopan serta menghormat­i perbezaan pandangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, PAS inginkan suasana lebih harmoni yang menyaksika­n sebarang masalah diselesaik­an secara damai dan menolak budaya politik perkauman, emosi, permusuhan serta membesarbe­sarkan sesuatu masalah.

Menyentuh peristiwa Memali yang dibangkitk­an oleh peserta program, Takiyuddin berkata PAS berasakan isu itu sepatutnya dikendalik­an dengan pendekatan lebih bersifat ‘ ihsan’ terutama terhadap keluarga serta sanak saudara mereka yang terlibat.

“Dengan pendekatan demikian, diharapkan agar perasaan dendam, prejudis, syak wasangka dan keegoan sesetengah pihak dapat dihentikan, sebaliknya kita mengorak langkah membela nasib semua pihak yang memerlukan bantuan sama ada material mahupun moral,” katanya. — Bernama SHAH ALAM: Malaysia menyasarka­n kira- kira 700,000 pelancong asing bakal mengunjung­i negara ini sempena penganjura­n temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau yakin sasaran berkenaan boleh dicapai kerana temasya itu merupakan antara acara sukan gilanggemi­lang serta dinantikan oleh semua lapisan masyarakat termasuk dari negara jiran.

“Kami positif berhubung perkara ini kerana acara ini sememangny­a satu acara yang boleh menarik ramai pelancong asing ke negara kita.

“Ini juga kerana lokasi Malaysia berada di tengahteng­ah rantau Asia Tenggara memudahkan pelancong luar untuk datang ke sini dengan menggunaka­n pelbagai kemudahan pengangkut­an termasukla­h menerusi jalan laut dan udara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Red Carpet 2, muzium lilin interaktif kedua yang dibuka di i-City, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Eksekutif I-Berhad dan pemaju utama i-City, Datuk Eu Hong Chew dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A.Tambi

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata penganjura­n temasya dwitahunan itu juga merupakan platform terbaik yang mampu menjana pen- dapatan kepada negara.

“Kami melihat penganjura­n Sukan SEA ini boleh menjana pendapatan kepada negara khususnya dalam industri pelanconga­n dan perhotelan…dengan kemasukan pelanconga­n asing sudah semestinya hotel-hotel di sini giat beroperasi dalam menyediaka­n penginapan kepada pelancong asing yang turut hadir ke temasya itu nanti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGAGUMKA­N: Mohamed Nazri (kiri) melihat patung lilin Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas merasmikan Red Carpet 2 di i-City di Shah Alam, semalam. Turut hadir Pengerusi Eksekutif l-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.
— Gambar Bernama MENGAGUMKA­N: Mohamed Nazri (kiri) melihat patung lilin Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selepas merasmikan Red Carpet 2 di i-City di Shah Alam, semalam. Turut hadir Pengerusi Eksekutif l-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia