Utusan Borneo (Sarawak)

Murid SK Jabi pulang awal akibat banjir kilat

-

POKOK SENA: Seramai 368 pelajar Sekolah Kebangsaan Jabi, di sini, dibenarkan pulang awal akibat banjir kilat melanda sekolah itu awal pagi semalam.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jabi Zakaria Ismail berkata sehubungan itu, ibu bapa dibenarkan datang seawal jam 10.30 pagi untuk mengambil anak masing-masing memandangk­an paras air naik hingga melebihi 0.5 meter di tingkat bawah bangunan sekolah dan kawasan tapak perhimpuna­n.

“Air mulai naik sekitar jam 8.30 pagi tadi (semalam) selepas hujan turun tanpa henti sejak empat pagi menyebab- kan air dari jalan raya dan kilang papan berdekatan melimpah masuk ke kawasan sekolah.

“Sejumlah murid tahun lima yang berada di kelas mereka dipindahka­n ke tingkat atas, manakala kerusi dan meja dewan sekolah dialihkan ke tempat tinggi. Pelajar tidak dapat turun ke dewan makan semasa waktu rehat kerana keseluruha­n laluan ditenggela­mi air hingga paras pinggang orang dewasa,” katanya.

“Ini satu kerugian kepada pelajar kerana proses pembelajar­an mereka sering terganggu, saya harap pihak berkenaan segera mengambil tindakan dengan memperbesa­rkan parit dan membuat laluan air ke kawasan lain agar tidak melimpah ke dalam sekolah,” katanya sambil menambah kejadian ini bukannya kali pertama berlaku.

Sementara itu, Saidi Ismail, 47, berkata beliau terkejut selepas diberitahu rakan untuk mengambil anak di sekolah lebih awal akibat banjir.

“Saya tau (tahu) dari kawan-kawan kata banjir ini dan mai (datang) awal ambil anak di sekolah 10.30 tadi sebab bimbang anak terjatuh longkang atau terkena renjatan elektrik,” katanya.

Bagi Mohd Shukri Zulkifli, 36, pula beliau berharap pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri bertindak segera mengatasi masalah ini.

“Sekolah sepatutnya men- jadi tempat selamat dan belajar, jika keadaan ini berlarutan ia akan menjejaska­n pembelajar­an mereka kerana belajar dalam keadaan tidak selesa apabila tidak dapat ke tandas dan ke kantin untuk makan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah berkata, setakat jam 1 petang semalam keadaan banjir di semua daerah masih terkawal dan tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

Katanya, antara kawasan yang terjejas ialah Kuala Kedah ( Kota Setar), Jabi dan Bukit Pinang ( Pokok Sena) serta Kampung Paya dan Kampung Tepi Sungai di Kuala Muda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEKOLAH­AN DIBATAL: Sekumpulan pelajar terpaksa berjalan di atas kerusi panjang untuk pulang setelah sekolah mereka di SK Jabi dilanda banjir kilat pagi semalam di Pokok Sena.
— Gambar Bernama PERSEKOLAH­AN DIBATAL: Sekumpulan pelajar terpaksa berjalan di atas kerusi panjang untuk pulang setelah sekolah mereka di SK Jabi dilanda banjir kilat pagi semalam di Pokok Sena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia