Utusan Borneo (Sarawak)

Pulau Pinang dilanda banjir kilat

-

BALIK PULAU: Lebih 100 rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang, di sini dilanda banjir kilat semalam berikutan hujan lebat yang berterusan lebih empat jam awal pagi semalam.

Kawasan yang terjejas ialah Teluk Bahang, Kuala Sungai Pinang, Bukit Kecil, Sungai Pinang, Kampung Nelayan dan Teluk Awak apabila rumah di kawasan itu dinaiki air sehingga 0.5 meter. Banjir surut kira-kira jam 8 pagi selepas hujan berhenti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata beliau dimaklumka­n oleh penduduk rumah mereka mula dinaiki air sejak jam 5 pagi selepas hujan lebat bagaimanap­un tiada mangsa dipindahka­n.

“Saya turun melihat mangsa yang terlibat...ada dua buah rumah di kawasan Kuala Sungai Pinang rosak di bahagian bumbung kerana ribut dan pokok tumbang. Kami akan membantu mereka segera untuk membaiki bumbung yang rosak itu,” katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Seorang penduduk, Mohd Azhar Ismail, 42, berkata rumahnya dinaiki air kira-kira jam 5 pagi dan bimbang air semakin naik, beliau bersama isteri mula memindahka­n barang-barang elektrik ke tempat lebih tinggi.

Mohd Azhar yang tinggal di Kampung Nelayan berkata, air terus naik dalam masa setengah jam dan surut selepas hujan berhenti kira-kira jam 7 pagi.

Hujan lebat itu turut menyebabka­n beberapa kawasan di Pulau Pinang mengalami kesesakan teruk antaranya Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, Bayan Baru dan George Town.

Sementara itu, di Pulau Mertajam, Penaga dekat sini sebanyak 32 rumah dinaiki air bermula jam 4 pagi selepas hujan lebat sejak 12 tengah malam tadi. Tiada mangsa dipindahka­n.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) Pulau Mertajam Shamsul Shamsudin berkata banjir kilat kali ini disifatkan paling teruk kerana sebelum ini hanya melibatkan sekitar tujuh rumah sahaja di kawasan berkenaan.

“Kalau hujan lebat lebih tiga jam di sini selalunya hanya beberapa rumah sahaja dinaiki air tapi kali ini lebih 30 rumah kena (dinaiki air). Kami harap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat sesuatu bagi menangani masalah ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia