Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Gatco serah memorandum kepada menteri besar

-

SEREMBAN: Kira-kira 90 penduduk Kampung Serampang Indah (Gatco), Jempol semalam menyerahka­n memorandum menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan kerajaan negeri yang berusaha mengatasi kemelut tanah ladang Gatco.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar Sharulfaiz­al Tahar pada jam 9.45 pagi dan kumpulan penduduk tersebut bersurai dengan aman 15 minit kemudian.

Mereka diketuai Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Serampang Indah (Gatco) Hamran Mohamad, selain turut hadir Ketua MIC cawangan R. Patiyah.

Hamran berkata beliau mewakili penduduk kampung mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada Mohamad dalam menyelesai­kan permasalah­an berhubung dengan peneroka tanah di kampung tersebut.

“Kami amat menghargai setiap usaha dan pengorbana­n menteri besar ke arah penyelesai­an isu ini dan kami berjanji akan berdiri teguh dan sentiasa menyokong kepimpinan beliau demi masa depan kami,” katanya.

Baru-baru ini, Mohamad dilaporkan berkata kerajaan negeri tidak akan tunduk dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang pembanguna­n tanah ladang Kampung Serampang Indah (Gatco) di Jempol.

Beliau berkata pihaknya tidak akan teragak- agak mengambil tindakan undangunda­ng sekiranya manamana pihak didapati cuba menghalang penjawat awam daripada melaksanak­an tugas pembanguna­n projek tanaman semula getah di kawasan berkenaan seperti yang dipersetuj­ui penduduk sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia