Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal akan kembali kuasai dunia tenis

Federer sertai barisan bintang tidak beraksi pada kejohanan Siri Master Cincinnati

-

CINCINNATI, Amerika Syarikat (AS): Rafael Nadal berasa gembira apabila mendapat tahu beliau akan menjadi pemain nombor satu dunia buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun tetapi dalam masa yang sama kelihatan bersimpati kerana Roger Federer terpaksa menarik diri dari kejohanan Siri Master Cincinnati minggu ini.

Federer, pemain ranking ketiga dunia, berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian belakang pada kejohanan di Montreal, di mana beliau tewas di final kepada Alexander Zverev Ahad lepas.

Federer, juara Terbuka Australia dan Wimbledon tahun ini, adalah satu- satu pemain yang boleh menafikan Nadal – di ranking kedua dunia – untuk menjadi pemain nombor satu dunia apabila kedudukan terbaharu ranking dunia dikeluarka­n setiap hari Isnin.

“Bagi saya, untuk berada pada kedudukan ini ( ranking nombor satu) adalah sesuatu yang sangat istimewa,” kata Nadal. “Saya masih mempunyai keazaman dan minat untuk sukan ini. Kerana itu saya dapat kembali ke kedudukan ini.”

Ia adalah kali pertama buat Nadal sejak kali terakhir menjadi pemain nombor satu dunia pada Julai 2014.

Pemain berusia 31 tahun dari Sepanyol, yang memenangi kejuaraan Grand Slam ke- 15 dalam kerjayanya apabila memenangi Terbuka Perancis tahun ini, akan mengenepik­an Andy Murray dari Britain, yang menarik diri dari kejohanan di Montreal dan Cincinnati kerana kecederaan, selaku pemain ranking nombor satu dunia baharu.

Nada l , yang pe rna h menghabisk­an 141 minggu keseluruha­n sebagai pemain nombor satu dunia, bergelut dengan kecederaan lutut sejak menjadi pemain nombor satu pada Ogos 2008, setelah melangkah ke separuh akhir kejohanan di Cincinnati. Beliau ada mengakui meragui kemampuann­ya untuk menduduki ranking nombor satu dunia selepas beberapa tahun.

“Jika anda tidak mempunyai keraguan, ia adalah kerana anda berasa terlalu angkuh dan saya bukan seorang yang angkuh,” kata Nadal. “Ada satu generasi pemain muda yang muncul. Ia sukar untuk bangkit semula dan menjadi pemain nombor satu.”

Nadal tahu beliau akan mendapat kelebihan tidak kira apa jua pencapaian­nya pada kejohanan ini, kejohanan persediaan untuk kejohanan Grand Slam terakhir tahun ini di Terbuka Amerika di New York yang akan bermula 28 Ogos.

“Roger dan saya mempunyai satu musim yang hebat,” kata Nadal. “Salah seorang daripada kami mempunyai peluang untuk menjadi pemain nombor satu dunia di akhir musim. Saya akan cuba dan melakukan yang terbaik minggu ini dan selepas itu kita akan lihat apa yang akan berlaku.”

Federer, juara tujuh kali di Cincinn a t i , m e m i n t a maaf kerana menarik diri tetapi berkata beliau perlu berehat menjelang kejohanan Terbuka AS.

“Saya meminta maaf kerana menarik diri dari kejohanan yang saya gemari ini,” kata Federer. “Cincinnati memiliki antara penyokong terbaik di dunia dan saya meminta maaf kerana saya tidak akan dapat bermain untuk mereka kali ini.

“Malangnya, saya mengalami kecederaan di Montreal dan saya memerlukan rehat minggu ini.”

Nadal berkata beliau bersimpati kerana Federer kini menyertai barisan bintang yang tidak dapat beraksi seper - t i M u r - ray, Novak Dj okovi c , Kei Nishikori dan Stanislas Wawrinka. — AFP

Bagi saya, untuk berada pada kedudukan ini (ranking nombor satu) adalah sesuatu istimewa. ” yang sangat

 ??  ?? NADAL
NADAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia