Utusan Borneo (Sarawak)

Paulinho pembelian pertama Barca sejak jual Neymar

-

BARCELONA, Sepanyol: Barcelona menjadikan pemain tengah antarabang­sa Brazil, Paulinho, sebagai pembelian pertama mereka semenjak penjualan dengan rekod dunia untuk Neymar, selepas bersetuju dengan yuran 40 juta euro dengan kelab dari China, Guangzhou Evergrande Isnin lepas.

“Barcelona dan Guangzhou Evergrande, mencapai satu persetujua­n untuk perpindaha­n Paulinho Bezerra untuk 40 juta euro,” kata Barca dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 29 tahun itu menandatan­gani kontrak empat tahun dengan klausa pelepasan kontrak 120 juta euro dan akan diperkenal­kan kepada penyokong dan media pada hari Khamis.

Pengumuman pembelian ketiga Barca pada pasaran perpindaha­n ini – selepas Gerard Deulofeu dan Nelson Semedo, hadir beberapa jam selepas Barca tewas 1-3 di tempat sendiri kepada Real Madrid pada perlawanan pertama Piala Super Sepanyol Ahad lepas.

Pemain tengah, Sergio Busquets memberikan tekanan kepada lembaga pengarah kelab dengan mendakwa Barca perlu memperkuat­kan skuad sebelum pasaran perpindaha­n pemain ditutup pada 31 Ogos ini.

Barca setakat ini gagal dalam usaha untuk mendapatka­n pilihan utama untuk menggantik­an Neymar – dengan tawaran lumayan untuk Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele masing-masing ditolak oleh kelab Liverpool dan Borussia Dortmund.

“Saya berharap anda berasa gembira seperti saya di sana,” kata Neymar kepada Paulinho menerusi laman sosial Instagram.

Bagaimanap­un, kehadiran Paulinho tidak begitu diterima dengan baik oleh beberapa penyokong Barca.

Kira- kira 80 peratus penyokong menggesa kelab tidak membeli pemain itu dengan nilai lebih dari 20 juta euro, menurut tinjauan oleh akhbar sukan harian Barcelona, Mundo Deportivo.

Kurang minat itu adalah kerana kerjaya Paulinho di peringkat kelab di Eropah.

Selepas beraksi di Lithuania dan Poland sebagai pemain remaja, Paulinho berpindah ke Tottenham Hotspur dari Corinthian­s pada 2013.

Namun beliau gagal menyerlah sepanjang dua tahun di England sebelum berpindah ke Guangzhou pada 2015 untuk 14 juta euro.

Bagaimanap­un, beliau su- dah membina semula kerjaya beliau di China dan menjadi pemain utama dalam skuad kebangsaan Brazil semenjak Tite menjadi jurulatih baharu setahun yang lalu, dan terutama sekali ketika menjaringk­an hatrik apabila Brazil menewaskan Uruguay 4- 1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 pada bulan Mac.

Dan beka s jurul a t i h Paulinho di Tottenham, Andre Villas-Boas, percaya perpindaha­n ke Barca adalah satu perangsang besar buat Liga Super China.

“Kerana Paulinho datang dari sini (China), beliau bermain dengan baik di sini dan sekarang beliau berpindah ke salah satu kelab terbesar di dunia,” kata Villas-Boas, jurulatih Shanghai SIPG.

“Saya fikir ia menunjukka­n bahawa kelab besar juga melihat liga kami. Ia satu gambaran pemain dan kualiti yang dilakukan di sini.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KE NOU CAMP: Paulinho ceria selepas menjaringk­an gol buat pasukannya pada perlawanan Liga Juara Asia menentang Kashima Antlers di Kashima, Ibaraki prefecture pada 30 Mei 2017.
— Gambar AFP KE NOU CAMP: Paulinho ceria selepas menjaringk­an gol buat pasukannya pada perlawanan Liga Juara Asia menentang Kashima Antlers di Kashima, Ibaraki prefecture pada 30 Mei 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia