Utusan Borneo (Sarawak)

Henderson mengakui tidak mampu pengaruhi pemikiran Coutinho

-

HOFFENHEIM, Jerman: Kapten Liverpool, Jordan Henderson, mengakui Isnin lepas di mana beliau tidak mempunyai kemampuan untuk mempengaru­hi pemikiran Philippe Coutinho, selepas pemain antarabang­sa Brazil itu dilaporkan menyerahka­n permohonan untuk berpindah Jumaat lepas.

Skuad kendalian Jurgen Klopp berada di Jerman untuk perlawanan pertama playoff kelayakan Liga Juara- Juara menentang Hoffenheim dan Coutinho, yang mengalami kecederaan belakang, tidak bersama-sama dengan skuad ke Jerman.

“Ia sememangny­a satu situasi yang sukar untuk Phi. Apa jua yang saya katakan tidak akan membantu situasi kerana sebagai pemain, kami memberikan sepenuh fokus kepada perlawanan ini ( menentang Hoffenheim),” kata Henderson pada sidang media sebelum perlawanan semalam (Selasa).

“Sebagai pemain, anda menjangkak­an sesuatu akan berlaku dalam pasaran perpindaha­n dan pemain akan datang dan pergi.

“Sudah tentu, jika anda bertanya semua orang, mereka mahu Phil terus kekal kerana beliau adalah seorang pemain kelas dunia. Saya ada berbual dengan Phil secara peribadi tetapi saya tidak fikir saya dapat mempengaru­hi situasi beliau.

“Saya rapat dengan beliau dan amat menghormat­inya tetapi apa jua yang berlaku sekarang tidak mempunyai kaitan dengan saya.”

Klopp, yang menegaskan beliau tidak akan memiki rkan tentang Cout inho ketika pemain itu tidak cergas untuk berm a i n , kembali ke tanahai r di mana beliau menc i p t a n a m a sebagai j u r u - latih di k e l a b M a i n z d a n B o r u s s i a Dortmund. — AFP

 ??  ?? COUTHINO
COUTHINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia