Utusan Borneo (Sarawak)

Tolak pengadil, Ronaldo digantung lima perlawanan

-

MADRID, Sepanyol: Cristiano Ronaldo dikenakan penggantun­gan lima perlawanan oleh Persekutua­n Bola Sepak Sepanyol (RFEF) Isnin lepas kerana menolak pengadil selepas dibuang padang ketika Real Madrid menewaskan Barcelona 3-1 pada perlawanan pertama Piala Super Sepanyol Ahad lepas.

Pemain Terbaik Dunia itu menerima penggantun­gan automatik satu perlawanan kerana kad merah dan tambahan empat lagi perlawanan kerana tindak balas ke atas pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea.

Ronaldo juga didenda 3,805 euro dan mempunyai 10 hari untuk membuat rayuan hukuman itu.

Sekiranya gagal, Ronaldo tidak akan dapat beraksi pada perlawanan kedua Piala Super Sepanyol hari ini dan empat perlawanan La Liga Sepanyol pertama musim ini – menentang Deportivo la Coruna, Valencia, Levante dan Real Sociedad.

Bagaimanap­un, Ronaldo dapat diturunkan apabila Real memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan Liga Juara-Juara pada 12 atau 13 September depan.

Real sudah memberi gam- baran di mana mereka mahu merayu kad kuning kedua Ronaldo kerana sengaja menjatuhka­n diri dalam kotak penalti ketika dicabar oleh Samuel Umtiti.

“Penyingkir­an Ronaldo menjengkel­kan saya kerana walaupun jika ia bukan tendangan penalti, kad kuning sememangny­a tidak wajar,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

“Kita akan lihat jika kami boleh melakukan sesuatu supaya beliau dapat bermain Rabu ini.”

Ronaldo menolak pengadil secara lembut sebagai protes pemberian kad merah, menurut laporan yang ditulis oleh pengadil.

Mengikut peraturan RFEF, kesalahan seperti itu menyebabka­n hukuman penggantun­gan di antara empat hingga 12 perlawanan tetapi kes sebelum ini juga hanya melibatkan penggantun­gan empat perlawanan.

Walaupun Ronaldo tindakanny­a adalah kerana gagal mengawal perasaan ketika itu, RFEF membuat penghakima­n di mana tindakan beliau itu (menolak pengadil) adalah “tidak wajar dan tidak sepatutnya” dilakukan dalam apa jua situasi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia