Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad bola jaring buka langkah kanan

Malaysia melakar kemenangan selesa ke atas Thailand aksi pembukaan KL2017

-

KUALA LUMPUR: Skuad bola jaring negara memulakan kempen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ( KL2017) dengan langkah kanan selepas melakarkan kemenangan selesa 73- 30 ke atas Thailand dalam aksi pembukaan di Stadium Juara, Bukit Kiara kelmarin.

Malaysia, selaku juara Asia, seperti diduga menguasai perlawanan dengan mendahului 18- 10 pada suku pertama perlawanan sebelum menambah 17 mata pada suku kedua berbanding lima mata oleh Thailand.

Skuad negara bimbingan jurulatih dari Australia, Tracey Robinson, kembali semula dengan garang selepas waktu rehat untuk terus menambah 17 mata pada suku ketiga diikuti 21 mata pada suku terakhir perlawanan.

S k u a d Thai land pula sekad a r me r a i h enam da n s e m b i - lan mat a pada suku ketiga dan pat. k e e m - Malaysia, yang memburu ping a t emas di laman sendiri se- lepas dikecewaka­n Singapura 46- 43 pada final edisi lepas di Singapura pada 2015 menentang Brunei pada jam 5.15 petang ( semalam).

Malaysia akan berdepan dengan juara bertahan Singapura hari ini ( Rabu) sebelum melengkapk­an jadual pusingan awal dengan menentang Filipina, esok ( Khamis).

Perlawanan peringkat separuh akhir akan berlangsun­g pada Jumaat ini dan final pada hari berikutnya.

Lima negara menyertai acara bola jaring pada edisi ke- 29 temasya dwitahunan kali ini iaitu Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan Malaysia.

Dalam pada itu, skuad Singapur a yang da l am misi mempertaha­n kilauan emas, mengalahka­n Brunei menerusi keputusan 62- 37 dalam satu lagi aksi peringkat awal di stadium sama.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan mempertaha­nkan benteng masingmasi­ng sebelum Singapura jauh meninggalk­an Brunei pada suku ketiga perlawanan, 45- 27.

Selain merupakan juara bertahan Sukan SEA, Singapura merupakan juara peringkat Asia pada 2005, 2012 and 2014. Ia meraih tempat ketiga tahun lepas dalam kejohanan yang dijuarai Malaysia.

Selepas pusingan peringkat awal, empat pasukan teratas akan mara ke peringkat separuh akhir. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HALANG: Pemain bola jaring negara, Siti Nor Farhana Mustafa (dua kiri) cuba menghalang hantaran bola daripada atlet Thailand pada saringan awal acara bola jaring Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama HALANG: Pemain bola jaring negara, Siti Nor Farhana Mustafa (dua kiri) cuba menghalang hantaran bola daripada atlet Thailand pada saringan awal acara bola jaring Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur kelmarin.
 ??  ?? PEMENANG: Zaini (duduk empat kiri) bersama jawatankua­sa PBBL bersama pemenang pertanding­an Badminton Tertutup dan Terbuka Limbang.
PEMENANG: Zaini (duduk empat kiri) bersama jawatankua­sa PBBL bersama pemenang pertanding­an Badminton Tertutup dan Terbuka Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia