Utusan Borneo (Sarawak)

LMBBU 2017 menyasarka­n 500 penyertaan dari dalam, luar negara

-

MIRI: Larian Miri-Bungai Beach Ultra (LMBBU) 2017 menyasarka­n 500 orang penyertaan dari dalam dan luar negara berikutan kejayaan penganjura­nnya tahun lalu

enteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Rosey Yunus berkata pertanding­an kali ini dinaik taraf dengan penambahan beberapa kategori baharu.

Antaranya ialah 60 kilometer, 38 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer (Fun Run) melibatkan penyertaan pelari dari luar negara dan tempatan.

“Kita berbangga kerana pemenang LMBBU kali ini tercalon untuk Malaysia Ultra League (MUL) dan ini peluang kepada pelari ultra di Malaysia meningkatk­an pencapaian mereka,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Rosey menjelaska­n, LMBBU juga mampu menjadi medium mempromosi­kan kecantikan dan keindahan alam semula jadi sepanjang laluan pantai Miri sehinggaM ke Bungai.

“Larian ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan warga asing seperti tahun lalu namun paling unik kali ini melibatkan 98 peratus laluan sepanjang pantai,” katanya.

Larian edisi kedua itu dianjurkan bersama oleh Beach Republic Miri, Bulatan Park Runners Club dan Pejabat Pusat Khidmat DUN Bekenu dijangka menarik 500 peserta.

Menurutnya, larian itu juga menjadi penanda aras baharu merancakka­n serta mempromosi­kan industri pelanconga­n di Bekenu. .

Sementara itu, mereka berminat boleh mendapatka­n borang di laman web bulatanpar­krunnerscl­ub.com dan Pejabat Pusat Khidmat DUN Bekenu.

Pendaftara­n awal bagi kategori 60 kilometer adalah RM250 (hingga 31 Ogos ini pendaftara­n biasa RM300) dan kategori 38 kilometer ialah RM150 ( hingga 31 Ogos ini pendaftara­n biasa RM200).

Sementara kategori 10 kilometer dan 5 kilometer (Fun Run) masing-masing ialah RM55 dan penyertaan bagi semua kategori dibuka hingga 30 September depan.

Hadir sama Pengurus Beach Republic Miri Lawrence Wong, Penguasa Bomba Zon Miri, Law Poh Kiong dan Pengerusi Bulatan Park Runners Club, Tang Swee Ming.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Rosey (dua kiri) dan Lawrence (dua kanan) serta Law (kanan) menunjukka­n poster Larian MiriBungai Beach Ultra (LMBBU) 2017 semalam.
SERTAI KAMI: Rosey (dua kiri) dan Lawrence (dua kanan) serta Law (kanan) menunjukka­n poster Larian MiriBungai Beach Ultra (LMBBU) 2017 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia